Judul : Kren Tumbang Di MRR2 Menyebabkan Pemandunya Cedera Dan Kesesakan Lalu Lintas
link : Kren Tumbang Di MRR2 Menyebabkan Pemandunya Cedera Dan Kesesakan Lalu Lintas
Kren Tumbang Di MRR2 Menyebabkan Pemandunya Cedera Dan Kesesakan Lalu Lintas
AMPANG: Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) mengalami kesesakan lalu lintas selepas kren yang dipandu oleh seorang lelaki tumbang di Jalan Bunga Anggerik pada jam 9 pagi tadi.
Pemandu kren tersebut, Azri Yahya, 36, mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang diarahkan untuk pergi ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut pada jam 10.12 pagi.
Kren tersebut tumbang dan melintang di tengah jalan menyebabkan laluan utama MRR2 menuju ke Ampang terpaksa ditutup selepas ia merentangi dua daripada tiga lorong di jalan terbabit.
Hasil siasatan daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kren berkenaan yang hilang imbangan dan terjatuh di atas jalan.
Susulan Kejadian itu, kesesakan lalulintas sepanjang lebih empat kilometer berlaku dari arah Hulu Klang ke Ampang. Sumber:Berita Harian , Editor:Anna
Demikianlah Artikel Kren Tumbang Di MRR2 Menyebabkan Pemandunya Cedera Dan Kesesakan Lalu Lintas
Sekianlah artikel Kren Tumbang Di MRR2 Menyebabkan Pemandunya Cedera Dan Kesesakan Lalu Lintas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kren Tumbang Di MRR2 Menyebabkan Pemandunya Cedera Dan Kesesakan Lalu Lintas dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/kren-tumbang-di-mrr2-menyebabkan.html