KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin

KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin
link : KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin

Baca juga


KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yakin dengan kemampuan guru wanita menjalankan tugas sebagai guru disiplin dalam menangani kes-kes disiplin di sekolah, kata Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, guru wanita yang menjalankan tugas sebagai guru disiplin kini mengatasi bilangan guru lelaki namun kemampuan dan kewibawaan mereka adalah setanding.

"Memang kalau dikira dari segi gender, guru wanita dah atasi guru lelaki dan tak ada lah kita nak lantik guru lelaki sahaja jadi guru disiplin sebab kemasukan wanita ke Institut Pendidikan Guru ( IPG) dah 70 peratus.

"Tetapi saya menaruh keyakinan guru wanita dapat atasi masalah (disiplin) walaupun berdepan tugas yang lebih mencabar yang membabitkan sekolah- sekolah kategori "hotspot" (tinggi masalah disiplin), " katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran Pemimpin Bersama Warga Felda di Felda Bukit Tembaga di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sumber Air, Bekalan Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Katanya, kerjasama pihak sekolah dengan Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Ibu- Bapa dan Guru ( PIBG) serta masyarakat setempat mampu membantu guru disiplin wanita dalam menangani masalah disiplin di sekolah.

Sementara itu, dalam ucapannya Mahdzir mengajak rakyat menghargai keamanan yang dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lalu.

Katanya, keamanan adalah kunci kepada kejayaan Malaysia hingga boleh membuka peluang- peluang pendidikan kepada rakyat untuk terus mengecapi kemajuan dan kemakmuran.

"Negara perlu dipastikan aman, barulah perancangan kerajaan ke arah pendidikan, kemudahan dan dasar dapat dilaksanakan dengan lancar.

"Oleh itu, kita tak mau ada orang bawa amalan politik benci sama sendiri, berdendam, bersangka buruk, tiada hala tuju dan celaru dalam masyarakat yang akhirnya berlaku perpecahan sesama kita dan permusuhan" katanya.

Sumber - Bernama

loading...


Demikianlah Artikel KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin

Sekianlah artikel KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM yakin wibawa guru wanita sebagai Guru Disiplin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/kpm-yakin-wibawa-guru-wanita-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :