Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk

Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk
link : Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk

Baca juga


Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk

Sinar
PAS
Gambar hiasan
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Konsep baiah yang diamalkan Pas bagi mengikat wakil rakyat mereka daripada meninggalkan parti merupakan satu kaedah lapuk dan tidak sepatutnya lagi diamalkan pada masa kini.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, Pas perlu lebih mempercayai wakil rakyat mereka memandangkan isu keluar parti merupakan satu perkara biasa dalam dunia politik sama ada di dalam mahu pun luar negara.

"Jika kita lihat, di negara-negara maju, amalan keluar parti ini merupakan perkara biasa dan tak timbul sebarang isu tindakan perlu diambil kerana kita perlu bersifat ke depan dan matang dalam dalam berpolitik.

"Kenapa kita perlu ikat seseorang dan bagi saya konsep ini tidak sesuai kerana ia hanya untuk menakut-nakutkan calon wakil rakyat dari parti itu sahaja,"katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ahmad Marthada berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan veteran Pas, Dr Daeng Sanusi Mariok yang berkata parti Islam itu wajar mengekalkan baiah sumpah setia ke atas wakil rakyat mereka namun pihak berkenaan juga boleh meneliti untuk memansuhkan baiah melibatkan penceraian talak tiga.

Mengulas mengenai isu penceraian talak tiga, Ahmad Marthada berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Daeng tersebut, namun kesesuaian konsep baiah ini perlu dilihat semula dengan gambaran yang lebih meluas.
"Sepatutnya konsep lafaz cerai talak tiga ini tidak lagi berlaku pada abad ke-21 ini dan apa yang penting ialah parti perlu mempunyai kepercayaan kepada mana-mana individu yang diangkat sebagai wakil rakyat mereka," katanya.


Demikianlah Artikel Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk

Sekianlah artikel Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Konsep baiah diamal Pas dianggap lapuk dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/konsep-baiah-diamal-pas-dianggap-lapuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :