KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG

KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG
link : KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG

Baca juga


KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG



Cosmopoint



Kumpulan Kolej Cosmopoint, sebuah entiti di bawah Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menerima anugerah penarafan lima bintang oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST) 2016/2017.

Pada majlis penganugerahan itu, Kolej Cosmopoint Kuantan turut tersenarai sebagai penerima anugerah penarafan lima bintang selain Kolej Cosmopoint Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu and Kota Kinabalu.

Manakala Kolej Cosmopoint Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuching menerima penganugerahan empat bintang.

Majlis diadakan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Ketua Eksekutif Kumpulan Kolej Cosmopoint, Najmie Noordin berkata, Keputusan itu menunjukkan peningkatan 100 peratus berbanding keputusan penarafan MyQuest terakhir pada tahun 2015/2016.

Menurutnya, peningkatan itu hasil Pelan Transformasi Cosmopoint yang bermula pada tahun 2016.

“Pelancaran pelan transformasi ini melibatkan rombakan dalam proses, prosedur dan pengurusan dalaman yang telah membantu meningkatkan kualiti penyampaian khidmat kepada pelajar.

“ Antara pencapaian yang membantu markah tinggi penarafan MyQuest ini antaranya kesemua 11 kolej kami diiktiraf ISO 9001:2008,”katanya.

Katanya, Kolej Cosmopoint juga membuat pelaburan dalam meningkatkan kualiti tenaga pengajar dengan penambahan bilangan pensyarah yang memegang ijazah tinggi.

Beliau berkata, pihaknya turut melabur dalam mengoptimumkan pengalaman pelajar menerusi aktiviti tambahan dan ubah-suai kampus bagi meningkatkan mutu pembelajaran serta kepuasan pelajar.

“Sehubungan dengan kejayaan ini, Kolej Cosmopoint mengumumkan motto baharu bagi tahun 2018 iaitu “Pendidikan Lima Bintang Untuk Semua”.

“Motto ini seiring dengan fokus kami untuk menyediakan khidmat pengajian tinggi bertaraf lima bintang kepada semua lapisan masyarakat pada nilai yang paling berpatutan,”katanya.

Najmie berkata, impian mereka untuk melihat anak-anak muda mempunyai pilihan untuk melanjutkan pelajaran di institusi yang diiktiraf berkualiti tanpa membebankan keluarga.

MyQUEST satu sistem dibangunkan KPT sejak tahun 2010, dengan objektif utamanya untuk menilai kualiti semasa kolej-kolej swasta di Malaysia.

Lima kriteria dalam MyQuest iaitu pelajar (10 peratus), sumber (30 peratus), sistem pengurusan kualiti (30 peratus), pengiktirafan program (10 peratus) dan pengiktirafan graduan (20 peratus).




Demikianlah Artikel KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG

Sekianlah artikel KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KOLEJ COSMOPOINT TERIMA ANUGERAH PENARAFAN LIMA BINTANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/kolej-cosmopoint-terima-anugerah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :