Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis

Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis
link : Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis

Baca juga


Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis


Seorang jururawat wanita yang berusia 27 tahun telah ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan dadah di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek di tahan di tepi jalan di hadapan rumah di Jalan Wangsa Budi 11, kira-kira 9 pagi.

"Ketika pemeriksaan terhadap suspek, anggota polis menemui beg kertas yang dipegang oleh suspek mengandungi lapan ketulan mampat serta leraian daun-daun kering yang disyaki dadah jenis ganja.

"Ia dianggarkan seberat 255.49 gram bernilai lebih kurang RM850, suspek kemudian ditahan untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Menurut Roy, keputusan ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis THC.

"Selain daripada lapan ketulan dipercayai ganja yang ditemui pada suspek, polis turut menemui satu botol kaca berwarna kuning, papan plastik warna putih serta sebilah pisau disyaki untuk tujuan pembungkusan dan peralatan menghisap dadah.

Hasil siasatan terhadap identiti suspek tidak menemui sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek turut mengaku bahawa dia telah mengambil bekalan dadah dengan seorang lelaki di Kota Damansara dan sudah berurusan sejak lima bulan lalu.

Roy berkata, Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sumber:myMetro , Editor:Anna


Demikianlah Artikel Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis

Sekianlah artikel Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jururawat Bawa Dadah Ditahan Polis dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/jururawat-bawa-dadah-ditahan-polis_3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :