Judul : Juruhebah tampar pengawal keselamatan
link : Juruhebah tampar pengawal keselamatan
Juruhebah tampar pengawal keselamatan
(Ubah saiz teks)
PUCHONG - Gagal mengawal marah selepas ditegur kerana melanggar kon keselamatan, seorang juruhebah muzik di sebuah hotel bertindak menyerang dan menampar seorang pengawal keselamatan di Plaza Tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Puchong, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa dikatakan membuat teguran kepada lelaki berusia 23 tahun itu selepas mendapati kenderaan milik juruhebah terbabit melanggar kon keselamatan.
Menurutnya, juruhebah tersebut tiba-tiba naik angin, meluru ke arah mangsa yang berusia 25 tahun dan terus menamparnya.
"Suspek turut ugut untuk cederakan mangsa dalam kejadian tersebut. Keadaan dileraikan dengan bantuan polis bantuan Litrak serta petugas peronda lebuh raya. Suspek ditahan dan dibawa ke balai.
"Terdapat beberapa saksi ketika kejadian berlaku,"katanya.
Demikianlah Artikel Juruhebah tampar pengawal keselamatan
Sekianlah artikel Juruhebah tampar pengawal keselamatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Juruhebah tampar pengawal keselamatan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/juruhebah-tampar-pengawal-keselamatan.html