GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN

GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN
link : GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN

Baca juga


GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN


Guna drone kawal taman laut Pulau Tioman



Kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan taman laut Pulau Tioman akan dipertingkatkan bagi memastikan khazanah alam di pulau peranginan itu terus terpelihara.

Ia adalah selaras dengan penerimaan dua buah drone yang bakal dikendalikan empat kakitangan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Pahang yang terlatih.

Pengarah JTLM Pahang, Mohd Fazli Long, berkata, dua drone itu masing-masing memiliki spesifikasi berbeza sesuai dengan fungsinya.

Menurutnya, salah sebuah untuk pemantauan jarak dekat manakala sebuah lagi untuk jarak jauh.

"Saya percaya dengan adanya dua drone ini kerja pemantauan dan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan terutama dalam aspek pencerobohan bot nelayan di kawasan taman laut.

"Ia juga mampu memberi penjimatan kerana jika drone mengesan sesuatu mencurigakan atau kesalahan di kawasan taman laut, bot akan segera ke lokasi bagi mengambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi uji lari drone berkenaan di Pantai Hiburan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggunaan drone itu juga dipercayai boleh mengurangkan kadar pencerobohan atau mana-mana pihak melakukan kesalahan di kawasan taman laut.

Menurutnya, mereka boleh dikesan lebih cepat selain kehadiran drone yang sukar disedari berbanding rondaan bot.

"Drone ini ibarat 'mata' bagi JTLM Pahang yang bertindak memantau dari udara. Ia akan digunakan dalam masa terdekat setelah selesai beberapa prosedur penggunaannya yang perlu dipatuhi," katanya.

Sumber


Demikianlah Artikel GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN

Sekianlah artikel GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GUNA DRONE KAWAL TAMAN LAUT PULAU TIOMAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/guna-drone-kawal-taman-laut-pulau-tioman.html

Subscribe to receive free email updates: