Judul : Askar usah takut mengundi dengan bebas - PATRIOT
link : Askar usah takut mengundi dengan bebas - PATRIOT
Askar usah takut mengundi dengan bebas - PATRIOT
Malaysiakini 25/2/18
Presidennya Datuk Mohamed Arshad Raji berkata sejak beberapa minggu lalu mendapat maklumat mengenai kebimbangan anggota keselamatan mengenai kemungkinan kertas undi mereka dikesan pihak atasan.
"Jawapan ringkas kami begini: Tidak, hampir mustahil untuk dikesan. Undi anda adalah rahsia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamed Arshad menambah kebimbangan berkenaan yang disuarakan anggota tentera membayangkan kesedaran mereka terhadap politik negara ini.
Katanya suatu ketika dulu - secara teorinya - kertas undi seseorang anggota keselamatan boleh dikesan mengikut nombor siri yang ada. Namun katanya sistem sekarang menjadikan pengesanan itu sangat sukar.
"Sebab dalam bilik mengundi kerani pertama membacakan nama serta nombor kad pengenalan anda, kemudian memotong nama dalam senarai pengundi.
"Kerani kedua menyapu dakwat pada jari manakala kerani ketiga memisahkan kertas undi, menandakan dan menyerahkan kepada pengundi," katanya.
Baca MCA puji Patriot kerana pertahan bukan Melayu
Dalam prosedur itu kata Mohamed Arshad tiada semakan silang boleh dilakukan antara kerani pertama dan ketiga.
"Kertas undi diedarkan mengikut kehadiran rambang. Oleh itu tiada rekod mengenai siapa yang menerima kertas undi dengan nombor siri tertentu.
"Justeru undi anda memang rahsia," katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin menghampiri walaupun ia belum diumumkan.
Menjadi kelaziman di negara ini kerajaan tidak akan mendedahkan tarikh sesuatu PRU sehingga ke saat-saat akhir, dan meletakkan kelebihan kepada pemerintah untuk membuat persediaan.
Tanggapan umum ialah undi melibatkan pasukan keselamatan - serta undi pos - terdedah kepada manipulasi terutama daripada pihak atasan.
Kata Mohamed Arshad Arshad mengikut teori suatu ketika dulu sesuatu kertas undi boleh dikesan berdasarkan nombor siri tetapi proses berkenaan rumit dan sukar.
"Memadankan nombor siri kertas undi dengan rekod yang ada tidak memadai. Daftar pilihan raya juga mesti sepadan," katanya
Demikianlah Artikel Askar usah takut mengundi dengan bebas - PATRIOT
Sekianlah artikel Askar usah takut mengundi dengan bebas - PATRIOT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Askar usah takut mengundi dengan bebas - PATRIOT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/02/askar-usah-takut-mengundi-dengan-bebas.html