Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah.

Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah.
link : Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah.

Baca juga


Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah.


Hari ini adalah hari yang bersejarah buat pasangan mempelai iaitu Yunalis Zarai atau Yuna, 32, serta pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, yang mana mereka telah selamat disatukan sebagai suami isteri sebentar tadi.

Majlis pernikahan mereka itu telah disempurnakan dalam satu majlis di Bentong, Pahang di mana mereka berdua telah disatukan dengan pada pukul 7.00 malam dengan sekali lafaz sahaja.

Pasangan itu telah bernikah di Puncak Rimba, Bentong yang mana majlis tersebut telah berlatarbelakangkan kawasan pergunungan yang begitu indah.

Bagaimanapun, Yuna telah dinikahkan oleh pegawai Jabatan Agama Islam, Bentong, Pahang iaitu Azmi Noh dan dia telah berwakilkan wali ayahnya iaitu Datuk Mat Zara'ai.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi, majlis pernikahan itu dikatakan bertemakan dalam taman dengan berlatarbelakangkan hutan semula jadi.

Keluarga pihak lelaki yang datang juga turut tampil dengan memakai pakaian yang sedondon dengan baju Melayu yang mana ia bertemakan warna coklat manakala bagi pihak perempuan pula ialah berwarna jingga.

Dalam majlis tersebut, pihak lelaki telah memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran oleh pihak perempuan.

Gambar Yuna yang sedang duduk di atas pelamin yang dihiasi dengan bunga segar serta gambar Adam menyarungkan cincin ke jari Yuna juga turut di muat naik oleh kenalan mereka yang hadir ke majlis berkenaan.

Menurut kenyataan daripada pihak pengurusan Yuna, kira-kira seramai 300 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan kedua-dua pihak hadir dalam majlis itu.

Difahamkan, Yuna bakal mengadakan satu sidang media khas di Putrajaya pada Sabtu depan berhubung majlis perkahwinannya itu.

Terdahulu, kedua-dua pasangan mempelai ini telah mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos yang lalu. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira









Demikianlah Artikel Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah.

Sekianlah artikel Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yuna Dan Pasangan Selamat Menikah. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/yuna-dan-pasangan-selamat-menikah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :