Judul : Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Lebuhraya
link : Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Lebuhraya
Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Lebuhraya
KUALA LUMPUR – Dalam satu video berdurasi 5.06 saat yang tular di laman sosial sejak pagi tadi, warga emas berusia 68 tahun itu memandu kereta Perodua Axia, berwarna putih telah memandu kereta dengan melawan arus, kira-kira jam 4.50 petang semalam.
Dia dipercayai melalui susur masuk ke Lebuhraya NPE di Jalan Petaling, sebelum memusing keretanya dan melawan arus di laluan Subang menuju ke arah Pantai Dalam.
Seorang lelaki warga emas dipercayai cuba membunuh diri dengan memandu dalam keadaan melawan arus dari arah Pantai Dalam menuju ke Subang, di Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Tindakan itu disedari beberapa petugas dan anggota peronda lebuhraya dan terus mengekori warga emas terbabit dengan bantuan beberapa orang awam yang menunggang motosikal.
“Kumpulan peronda lebuhraya bermotosikal terbabit mengekori dan cuba menghalang tindakannya dengan mengetuk bumbung dan pintu kereta tetapi tidak diendahkan.
“Lelaki itu terus memandu sambil diekori peronda sehingga ke Jalan Templer, Petaling Jaya bagi menghentikan tindakannya,” katanya ketika dihubungi BH.
Sumber berkata, lelaki itu meneruskan pemanduan di lorong bertentangan meskipun laluan itu agak sesak dengan kenderaan lain yang bertali arus.
Katanya, lelaki itu kemudian memperlahankan pemanduan apabila terhalang oleh kenderaan lain yang datang dari arah Subang, sebelum bertindak memusingkan keretanya.
“Beberapa pekerja peronda lebuhraya yang mengekorinya kemudian menahan dan memberhentikan kereta lelaki terbabit.
Dia kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata semasa ditahan lelaki terbabit didapati berada dalam keadaan nyanyuk selain turut membuang air besar dalam kereta.
“Peronda kemudian menghubungi anaknya dan mengarahkan dia dibawa pulang. Tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak,” katanya.
“Semasa ditahan dan ditanya dia menyatakan mahu membunuh diri. Sumber: BH - Editor: Amylea Nazrul
Demikianlah Artikel Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Lebuhraya
Sekianlah artikel Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Lebuhraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Lebuhraya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/warga-emas-pandu-lawan-arus-di-lebuhraya_19.html