Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas

Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas
link : Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas

Baca juga


Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas


IPOH - Seorang wanita yang dilaporkan hilang dipercayai lari mengikuti rakannya sejak dua minggu lalu masih tidak ditemui hingga ke hari ini.

Ibu mangsa, Ng Chow Si, 55, berkata pada pagi hari kejadian, anaknya itu seperti biasa datang membantunya berniaga hasil laut di pasar berkenaan.

Samantha Leong Pui Yee, 28, dilaporkan hilang ketika sedang membantu ibunya berniaga di Pasar Borong Menglembu di sini, sejak 20 Disember lalu dipercayai mengikut seorang rakan perempuannya.

"Sebelum hilang pada hari kejadian, pada jam 8 pagi anak saya ada meminta duit 30 sen untuk ke tandas berdekatan pasar dan selepas itu dia langsung tidak muncul kembali membantu saya.

"Saya mencarinya di tandas, tetapi diberitahu pengawal di situ bahawa anak perempuan saya sudah keluar," katanya pada sidang media di perkarangan Pejabat Pasar Borong Menglembu di sini, hari ini.

Katanya, sehari sebelum dilaporkan hilang, anaknya ada menghubungi ayahnya di Kuala Lumpur dan meminta membelikan kupon isian semula telefon prabayar miliknya.

Katanya, dia pernah beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbit anaknya, namun gagal dan membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh pada 21 Disember lalu kerana bimbang keselamatan anaknya.

"Saya mengesyaki dia mengikuti seorang rakan perempuan, namun tidak mempunyai maklumat mengenainya. Saya bimbang kerana anak saya itu seorang yang naif dan selalu ditipu serta dipermainkan," katanya.

"Setakat ini, kita sudah menghubungi dan membuat susulan dengan balai polis berhampiran, namun masih belum ada perkembangan mengenai kes itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat, Aldrich Low Guo Nan berkata, orang ramai dan saksi yang mempunyai maklumat berkenaan Pui Yee diharap dapat tampil membantu dan menghubungi balai polis berdekatan.

"Mangsa yang hilang mempunyai ketinggian 183 sentimeter (cm) dan mempunyai rambut paras bahu. Orang ramai yang ada maklumat diharap dapat tampil membantu" katanya. Sumber: Berita Harian - Editor: Amylea Nazrul


Demikianlah Artikel Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas

Sekianlah artikel Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Hilang Ketika Pergi Ke Tandas dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/wanita-hilang-ketika-pergi-ke-tandas_5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :