Judul : 'Walau Apa Pun Berlaku Saya Redha' - Bapa Aliff
link : 'Walau Apa Pun Berlaku Saya Redha' - Bapa Aliff
'Walau Apa Pun Berlaku Saya Redha' - Bapa Aliff
KOTA BHARU- "Saya sangat berharap jasadnya ditemui, walau apa pun yang berlaku kami redha”. Berikut adalah luahan bapa kepada mangsa yang dipercayai hilang di sungai iaitu Mohd Alif Aiman Adli, 12, yang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas bermain di sekitar kawasan sungai bersama empat rakannya di Kampung Pak Limah, Salor, pada Rabu lalu.
Bapa kepada mangsa, Mohd Adli Mohd Nor, 34, berkata, dia sangat mengharapkan anaknya dapat segera ditemui dan dia akan menerima apa jua keadaan anaknya itu dengan tabah.
Dia juga turut memberitahu bahawa kira-kira jam 10.15 pagi tadi, dia bersama dengan isterinya dan juga anggota bomba menaiki bot bagi meninjau kawasan Alif Aiman yang dipercayai tempat terakhir mangsa bermain.
“Biarlah sekurang-kurangnya kami dapat melihat anak saya di depan mata buat kali terakhir,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Dalam pada masa yang sama, menurut ibu mangsa, Siti Nurul Ain Razali, 35, Mohd Alif sebelum ini dikatakan mengalami perubahan sikap di mana dia menjadi lebih pendiam dan perkara tersebut turut disedari gurunya di sekolah.
“Pada mulanya saya tidak menyangka itu merupakan petanda terakhir dia akan pergi buat selamanya dan apa yang lebih meruntun hati saya ialah ketika musim cuti persekolahan lalu, dia ke rumah makciknya di Gambang, Pahang dan ketika di sana dia sangat berselera ketika menjamah makanan,” kata ibunya.
Ibunya turut menambah dengan memberitahu bahawa sebelum ini Alif dikatakan tidak makan terlalu banyak.
Namun perubahan sikap itu langsung tidak disedarinya sehinggalah selepas kejadian ini berlaku barulah dia teringat semula perubahan sikapnya itu.
Menurutnya lagi, anak sulungnya itu merupakan seorang yang sentiasa mendengar kata dan dia juga tidak pernah meninggalkan solat.
Sayangnya, hayat Alif tidak panjang dan semoga mayatnya segera ditemui. Sumber: Sinar Harian, Editor: Amira
Demikianlah Artikel 'Walau Apa Pun Berlaku Saya Redha' - Bapa Aliff
Sekianlah artikel 'Walau Apa Pun Berlaku Saya Redha' - Bapa Aliff kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Walau Apa Pun Berlaku Saya Redha' - Bapa Aliff dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/walau-apa-pun-berlaku-saya-redha-bapa.html