Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik

Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik
link : Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik

Baca juga


Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik


Seiring dengan komitmen Malaysia untuk menurunkan kadar pelepasan karbon ke alam sekitar hingga 45 peratus pada 2030, dengan inisiatif penggunaan kenderaan cekap tenaga, sebanyak lapan bas elektrik akan diterima Terengganu sekali gus menjadikan Terengganu sebagai negeri pertama menggunakan myBAS elektrik menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nancy Shukri berkata operasi bas di Kuala Terengganu itu dijangka bermula April, merangkumi tujuh laluan utama dan satu laluan pengantara dengan jumlah keseluruhan jarak 235.9 kilometer.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kontrak Pengendali Perkhidmatan dan Pra-Pelancaran myBas Kuala Terengganu antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan MARA Liner Sdn Bhd. DS Nancy berkata, program myBAS Kuala Terengganu melibatkan keseluruhan 30 bas, namun sebagai permulaan sebanyak 11 bas akan disediakan termasuk empat bas elektrik.

SPAD diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Azharuddin Mat Sah manakala MARA Liner Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Operasi Zahrail Affenday Mohamed dan majlis disaksikan Menteri Besar Terengganu DS Ahmad Razif Abd Rahman.

Bas elektrik yang menggunakan teknologi mesra alam dan infrastruktur mesra pelanggan turut dilengkapi kemudahan untuk golongan Orang Kelainan Upaya, dengan teknologi baterinya mampu menggerakkan bas sehingga sejauh 200 kilometer sekali gus menjimatkan kos operasi pengusaha bas. Manakala tambang yang bakal dikenakan bagi perkhidmatan bas berkenaan dijangka lebih murah daripada perkhidmatan bas lain.








Demikianlah Artikel Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik

Sekianlah artikel Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terengganu Bakal Menjadi Negeri Pertama Menggunakan myBAS Elektrik dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/terengganu-bakal-menjadi-negeri-pertama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :