"Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro

"Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro
link : "Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro

Baca juga


"Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro


Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 31 dikatakan sudah bersedia untuk mengganti tempat pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari dan AG Azmeer (Kool FM).

Dia juga memohon agar dirinya tidak dibandingkan dengan Awal atau AG kerana gaya penyampaian setiap individu adalah berbeza, jelas Ajak.

Katanya, "saya sendiri tidak sangka diberi kepercayaan oleh produksi Melodi untuk menjadi hos terbaru program tersebut bersama pelakon Janna Nick.

"Sejujurnya saya gementar untuk masuk ke set pada Ahad ini kerana bukan mudah untuk menggantikan dua pengacara yang sudah lama mengendalikan program itu."

Katanya ketika dihubungi, "tetapi tidak mengapa saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan memberikan yang terbaik kepada peminat terutama penonton setia Melodi.

"Cuma satu, kalau boleh janganlah bandingkan kami dengan Awal dan AG kerana sudah tentu cara penyampaian kami dan mereka berbeza."' ujarnya lagi.

Ajak berkata dia tidak kisah bekerja dengan sesiapa sahaja apabila ditanya mengenai gandingannya bersama Janna Nick.

“Saya tahu mesti ramai yang tertanya-tanya ‘chemistry’ di antara saya dan Janna nanti. Saya yakin kami mampu lakukan yang terbaik kerana Janna juga seorang yang sangat spontan dan sempoi."

Jelasnya, "kepada semua, nantikan kami Ahad nanti dan lihatlah sendiri. Jika ada sebarang kekurangan saya bersedia menerima teguran untuk penambahbaikan pengacaraan kami."

Difahamkan, Ajak dan Janna Nick akan memulakan tugas pertama mereka pada Ahad ini.

Terdahulu, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari program tersebut selepas enam tahun bergelar pengacara manakala AG pula mengundurkan diri selepas tiga tahun menggalas tugas sebagai hos melodi.

Dalam pada itu, ramai lagi selebriti terkemuka yang pernah menggalas tugas sebagai hos program popular tersebut antaranya ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Aznil Nawawi, Raja Azura dan Fara Fauzana. Sumber: Astro Gempak. Editor: Atila Atasha


Demikianlah Artikel "Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro

Sekianlah artikel "Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Sejujurnya Saya Gementar" - Ajak Shiro dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/sejujurnya-saya-gementar-ajak-shiro.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :