Judul : Sarjan Faiz' larikan remaja ditahan
link : Sarjan Faiz' larikan remaja ditahan
Sarjan Faiz' larikan remaja ditahan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Pahang, berkata lelaki berkenaan yang berusia 32 tahun itu dikatakan berasal dari Bentong, ditahan kira-kira jam 2 pagi di sebuah hotel di Ipoh, Perak.
Pihak polis juga turut merampas sebuah kereta Proton Satria, kunci kereta, sepucuk pistol bersama dengan kelopak peluru yang didapati palsu, dua telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM100.
Hasil daripada siasatan yang dibuat juga mendapati, suspek pernah terbabit dalam beberapa kes jenayah di sekitar kawasan Mentakab, Brinchang, Pekan dan juga beberapa negeri lain iaitu di Bakri, Johor; Chukai, Terengganu dan juga di sekitar Kuala Lumpur.
Di samping itu, suspek juga turut melakukan kesalahan dengan menyamar sebagai penjawat awam, rogol dan juga terlibat dalam beberapa kes mencuri.
Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.
Tambahnya lagi, siasatan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 363 dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menculik serta menyamar sebagai penjawat awam.
Difahamkan dalam kejadian pada 27 Disember lalu, suspek telah pergi ke rumah mangsa, iaitu Nur Syamin Nabila Mohd Shapawi dengan menaiki sebuah kenderaan di mana dia telah menyamar sebagai 'Sarjan Faiz' yang bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.
Suspek kemudiannya meminta kebenaran daripada ibu mangsa, Wan Maziah Wan Mat, 37, untuk membawa Nur Syamin Nabila yang juga merupakan seorang pelajar Tingkatan Empat ketika itu untuk mengambil motosikal yang baru dibelinya di Pekan Sungai Ruan.
Ibu mangsa bagaimanapun telah memberi kebenaran untuk membawa keluar anak gadisnya itu.
Pada jam kira-kira 3 petang, Wan Maziah telah menerima satu panggilan daripada anaknya yang memberitahu dia berada di sekitar Gua Musang, Kelantan bersama 'Sarjan Faiz' dan turut mendakwa gelang emas yang dipakainya diambil lelaki terbabit sebelum talian diputuskan.
Sejurus selepas berita itu diterima, laporan polis mengenai kehilangan Nur Syamin Nabila dibuat di Balai Polis Sungai Ruan.
Nasib menyebelahi keluarga mangsa apabila gadis tersebut selamat tiba di stesen bas Raub pada 29 Disember selepas dihantar suspek ke stesen bas Pekeliling, Kuala Lumpur untuk menaiki bas. Sumber: Berita Harian, Editor: Amira
Demikianlah Artikel Sarjan Faiz' larikan remaja ditahan
Sekianlah artikel Sarjan Faiz' larikan remaja ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sarjan Faiz' larikan remaja ditahan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/sarjan-faiz-larikan-remaja-ditahan.html