Rambut Membeku Demi Pelajaran

Rambut Membeku Demi Pelajaran - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rambut Membeku Demi Pelajaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rambut Membeku Demi Pelajaran
link : Rambut Membeku Demi Pelajaran

Baca juga


Rambut Membeku Demi Pelajaran



CHINA: Seorang murid di pedalaman China menjadi perhatian umum apabila kisahnya yang terpaksa berjalan sejauh 4.5 kilometer dalam cuaca sejuk untuk ke sekolah telah menyebabkan rambutnya mengeras seperti titisan air membeku.

Gambar rambutnya yang membeku itu telah tular di laman sosial dan kejadian terbabit dipercayai berlaku selepas dia dikatakan berjalan selama lebih sejam ke sekolahnya yang terletak di Shaotong, wilayah Yunnan, apabila suhu tiba-tiba menurun menjadi negatif sembilan darjah Celcius, pagi semalam.

Dengan hanya memakai pakaian yang nipis, murid tahun tiga Sekolah Rendah Zhuanshanbao itu meredah cuaca sejuk melampau bagi menduduki peperiksaan yang bermula semalam.

Menurut laporan, kanak-kanak terbabit dikatakan tinggal bersama datuk dan neneknya serta adik beradiknya yang lain kerana kedua ibu bapanya dipercayai bekerja di bandar.

Fu, selaku guru besar di sekolah terbabit berkata rumah kanak-kanak itu terlalu jauh menyebabkan dia terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk berjalan kaki setiap hari ke sekolah.

Nasib pelajar itu dikatakan lebih malang lagi, apabila tiada alat pemanas di dalam bilik darjah.

Tambah Fu lagi, peperiksaan akhir sekolah telah bermula dan dia turut terperanjat apabila murid itu sampai dengan rambut dan keningnya diselaputi ais.

Namun begitu, kanak-kanak terbabit dikatakan tetap kelihatan comel, malah turut membuat muka kelakar di hadapan rakannya sebaik sahaja memasuki kelas.

Murid itu dipercayai merupakan pelajar yang pintar terutamanya dalam mata pelajaran matematik.

Gambar yang disiar media itu diambil menunjukkan dia sedang memegang kertas matematik dan tertera markah sebanyak 99 peratus.

Selepas gambar kanak-kanak terbabit tular di laman-laman sosial, rata-rata pengguna sebak melihat kesungguhannya untuk belajar dan dalam pada masa yang sama turut menyatakan sokongan terhadapnya. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira







Demikianlah Artikel Rambut Membeku Demi Pelajaran

Sekianlah artikel Rambut Membeku Demi Pelajaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rambut Membeku Demi Pelajaran dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/rambut-membeku-demi-pelajaran_10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :