Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham

Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham
link : Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham

Baca juga


Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham


Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM5,000 ke atas seorang lelaki kerana mencederakan rakannya menggunakan parang dan besi.

Bukan itu sahaja, tertuduh, Alliman Hanafi, 26, dari Kuala Nerus turut berdepan hukuman penjara enam bulan lagi sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Suspek didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa Ramizam Ambok, 37, menggunakan sebatang besi dan sebilah parang di hadapan sebuah bank di Wakaf Tengah, Kuala Nerus, jam 2.30 petang pada 23 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam, Che Muhammad Amir Che Musa.

Suspek menahan mangsa ketika sedang menunggang motosikal di lampu isyarat Wakaf Tengah, Kuala Nerus selepas mangsa selesai urusan di sebuah bank.

Berlaku pergelutan antara mereka dan suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan sebatang besi sehingga dahinya terkoyak.

Orang kampung berjaya meleraikan pergaduhan mereka dan mangsa pulang ke rumahnya.

Ketika mangsa mahu mendapatkan rawatan di hospital, tertuduh yang tidak berpuas hati datang ke rumah mangsa dan bertindak merosakkan motosikal yang diletakkan di tepi rumah dan mangsa mengambil golok untuk menakutkan tertuduh.

Beberapa minit kemudian, suspek datang semula sambil memegang sebilah parang lalu menyerang mangsa yang ketika itu berada di dalam kereta untuk ke hospital.

Kejadian itu menyebabkan mangsa menerima 18 jahitan di tangan kiri dan tiga jahitan di kepala selain cedera di beberapa anggota badan.

Suspek dipercayai bertindak sedemikian akibat salah faham apabila suspek mendakwa mangsa melaporkan perbuatan jenayahnya kepada pihak polis. Sumber: Mymetro , Editor:Farhana


Demikianlah Artikel Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham

Sekianlah artikel Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakan Terima Lapan Belas Jahitan Kerana Salah Faham dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/rakan-terima-lapan-belas-jahitan-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: