Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis

Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis
link : Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis

Baca juga


Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis


KUALA LUMPUR: Berkait isu seorang pelakon lelaki menghamilkan seorang gadis hingga melahirkan bayi hasil hubungan sulit, Raja Afiq mendakwa terpaksa berniaga roti jalan dan brownies untuk menampung hidup selepas tidak lagi menerima tawaran berlakon.

Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 25, berkata tawaran berlakon mula menjauh apabila namanya digugurkan pada saat akhir sejak gosip itu bertebaran hampir tiga bulan lalu.

Beliau terpaksa mencari sumber pendapatan lain untuk menanggung keluarga.

Katanya tidak malu menjual roti jalan dan brownies di gerai untuk menampung hidup dan sanggup menghantar kepada pelanggan yang membuat tempahan melalui media sosial.

"Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki yang masuk. Tiada guna saya terus menyalahkan takdir yang tertulis.

"Saya harus bangkit demi keluarga. Menangis air mata darah sekalipun, saya harus meneruskan hidup. Saya bukan orang senang, selain turut menanggung keluarga.

"Apa yang akan mereka makan jika saya terus meratapi nasib? Komitmen lain seperti kereta dan rumah juga harus dibayar," katanya dalam nada hiba.

Katanya, selama ini, dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu melayan isu panas yang tidak mempunyai kaitan dengannya.

Tidak sangka tindakan berdiam diri itu menjadikan dia mangsa hingga kerjaya lakonan hampir terkubur serta tidak tahu apa salah dan silap dirinya.

"Gosip itu terlalu kejam hingga ada yang menganggap, saya berperangai buruk seperti itu," katanya.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama rantaian Sayangku Kapten Mukhriz itu berkata, dia tidak bersalah dan tidak perlu takut dengan bayang-bayangnya sendiri serta hanya menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT kerana percaya, doa orang teraniaya akan dimakbulkan.

"Alhamdulillah, akhirnya gadis itu membuat pengakuan bayi yang dikandungnya bukan hasil hubungan dengan artis.

"Saya bersyukur Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Tidak adil untuk terus meletakkan hukuman kepada saya dan rakan artis lain yang namanya turut dipalit sama.

"Ia ibarat penganiayaan apabila periuk nasi saya ditabur pasir," katanya Sumber:Berita Harian Online , Editor:Farhana




Demikianlah Artikel Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis

Sekianlah artikel Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Raja Afiq Tidak Terima Tawaran Kerana Gosip Hamilkan Seorang Gadis dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/raja-afiq-tidak-terima-tawaran-kerana_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :