'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha

'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha
link : 'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha

Baca juga


'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha


KUALA LUMPUR: Satu program realiti buat si cilik terkenal iaitu Yusuf Iskandar Tuah yang bakal ditayangkan tidak lama lagi mulai menjadi sebutan rata-rata peminat si cilik itu apabila ramai berasa tidak sabar untuk menontonnya.

Program realiti yang bertajuk My Little Heroes –Yusuf & Bujibu bakal menggandingkan Yusuf bersama dengan kucing kesayangan mereka iaitu Bujibu Chempel.

Anak kecil yang baru sahaja berusia setahun tujuh bulan itu dan kucingnya masing-masing telah mempunyai 2.1 juta dan 1.1 juta pengikut di laman sosial Instagram.

Menyedari anaknya seperti seorang selebriti, Hanis Zalikha memberitahu bahawa pihak keluarga masih belum mahu melibatkan Yusuf dalam bidang lakonan mahupun permodelan.

“Sewaktu Yusuf bayi, ada produksi menawarkan dia watak sampingan untuk filem. Bagaimanapun, Hairul tidak bersetuju kerana anak masih kecil untuk bekerja.”

“Buat masa ini, kami tiada perancangan untuk Yusuf berlakon atau menjadi model kanak-kanak,” katanya.”

Bagi ibu bapa kepada Yusuf, program realiti adalah program yang sesuai buat anaknya di mana ia tidak perlukan Yusuf untuk melakonkan sebarang watak.

“Program realiti itu cuma merakamkan aktiviti Yusuf dan Bujibu. Kami bersetuju Yusuf mempunyai program realiti sendiri selepas pihak Astro bersetuju dengan beberapa syarat.”

“Hairul mahu anak selesa dan kami menetapkan penggambaran selama lima jam sehari iaitu ketika dia bermain atau ke luar rumah.”

“Aktiviti Yusuf dan Bujibu adalah bersahaja dan tiada paksaan,” katanya.

Menurut Hanis lagi, episod pertama menerusi program tersebut adalah aktiviti melawat haiwan dan juga berenang.

“Episod pertama memperkenalkan keluarga kami. Yusuf juga selalu mengikut saya ke pejabat dan penonton boleh melihat gelagatnya di sana.”

“Sememangnya membuat program realiti ini ada sedikit cabaran kerana kanak-kanak kecil ada angin dan kadang-kadang menjadi kurang selesa apabila ramai orang di rumah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Bujibu, Hanis berkata bahawa Yusuf dan kucing tersebut sudah rapat sejak Yusuf bayi lagi.

“Ikatan mereka sangat kuat dan penonton yang mempunyai anak kecil berkawan baik dengan haiwan peliharaan pasti memahami momen itu,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, mereka sekeluarga juga turut menerima baik segala kritikan mahupun komen negatif daripada netizen.

“Saya dan suami perlu berlapang dada menerima kritikan netizen. Kami tidak mahu terlalu sensitif kerana kadang-kadang netizen sekadar berkongsi pengalaman mereka,” kata Hanis.

Program realiti terbaru iaitu My Little Heroes - Yusuf & Bujibu bakal bersiaran pada setiap hari Rabu, pada jam 9 malam di Astro Ria bermula 31 Januari ini. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira

Image result for Momen Yusuf & Bujibu

Image result for Momen Yusuf & Bujibu

Image result for Momen Yusuf & Bujibu

Image result for Momen Yusuf & Bujibu

Image result for Momen Yusuf & Bujibu


Demikianlah Artikel 'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha

Sekianlah artikel 'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Program Realiti Itu Cuma Merakamkan Aktiviti Yusuf Dan Bujibu' - Hanis Zalikha dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/program-realiti-itu-cuma-merakamkan.html

Subscribe to receive free email updates: