Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak

Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak
link : Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak

Baca juga


Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak merupakan golongan yang sangat mudah dijangkiti penyakit kulit mahupun kuman kerana keadaan kulit mereka dikatakan lebih lembut dan sangat sensitif.

Menurut seorang doktor perubatan estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar, ibu bapa diminta untuk lebih berhati-hati ketika mengenakan sebarang produk kosmetik kepada anak-anak mereka.

Beliau turut menegaskan bahawa produk kosmetik untuk orang dewasa adalah sangat tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan juga alahan yang teruk.

Tambahnya lagi, apabila kulit itu terlalu sensitif dan terdedah dengan bahan-bahan kimia seperti logam berat, ia akan memberikan pelbagai risiko tinggi dan komplikasi seperti radang kulit, kulit membengkak mahupun jangkitan berbanding orang dewasa.

Menurutnya lagi, daya imunisasi tubuh orang dewasa dikatakan lebih tinggi berbanding kanak-kanak.

Ibu bapa juga perlulah sentiasa mengambil tahu kandungan yang terdapat di dalam produk kosmetik bagi mengelak sebarang kesan sampingan terhadap anak mereka.

Sebarang alat solek yang hendak digunakan juga perlulah mendapat sekurang-kurangnya kelulusan daripada Kementerian Kesihatan atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat atau setaraf dengannya.

Dengan cara ini, ia pastinya sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko terhadap kanak-kanak jika alat kosmetik tersebut mendapat sijil kelulusan daripada pihak yang berwajib. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira


Demikianlah Artikel Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak

Sekianlah artikel Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Produk Kosmetik Orang Dewasa Tidak Sesuai Untuk Kulit Kanak-Kanak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/produk-kosmetik-orang-dewasa-tidak_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :