Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia

Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia
link : Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia

Baca juga


Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia


Satu berita mengejutkan di mana seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun dikenali sebagai seorang pembunuh bersiri termuda di dunia.

Amarjeet Sada, mendapat gelaran tersebut apabila dia pertama kali terlibat dalam jenayah berat ini apabila dia membunuh seorang bayi berusia lapan bulan.

Jika sekali pandang, sudah pasti ramai yang tidak percaya dengan kenyataan ini.

Namun, tiada siapa sangka di sebalik raut wajah yang comel itu tersimpan seribu rahsia yang sangat mengejutkan dunia.

Bagaimanapun, Amarjeet kini sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa tempatan selepas dia ditangkap ketika membunuh bayi berusia enam bulan yang di tinggalkan jirannya.

Kejadian tersebut berlaku ketika Amarjeet menghadiri sekolah rendah di sana dan melihat bayi tersebut iaitu mangsa pembunuhan kejam sedang nyenyak tidur.

Ketika pelajar lain sedang sibuk di sekolah, Amarjeet memutuskan untuk membawa bayi itu ke padang berhampiran sekolahnya.

Dia mengaku, membawa bayi itu ke sana bagi mengelakkan orang ramai mendengar tangisannya.

Kemudian, tanpa mempunyai alasan mahupun keinginan yang jelas, dia memukul bayi tersebut dengan cara yang sangat kejam sehingga bayi itu mati.

Bagi menyembunyikan perbuatannya itu, Amarjeet dikatakan menutupi mayat bayi itu dengan menggunakan daun.

Namun, apabila polis tiba di lokasi kejadian, Amarjeet mengaku bahawa dialah pelaku kepada tindakan jenayah yang kejam itu.

Rata-rata masyarakat sekitar terkejut kerana dia tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Amarjeet hanya tersenyum bahkan meminta biskut,” ujar seorang anggota polis. Lebih mengejutkan adalah apabila polis mengetahui bahawa bayi itu adalah mangsa ketiga Amarjeet.

Difahamkan, naluri pembunuh dalam diri Amarjeet telah wujud sejak dia berusia setahun.

Mangsa pertamanya dipercayai adalah sepupunya sendiri yang berusia enam bulan lagi.

Keluarga itu bagaimanapun tidak melaporkan perbuatannya kepada polis kerana mereka mahu melindungi Amarjeet.

Mereka menganggap insiden tersebut hanyalah kemalangan dan kebetulan sahaja berlaku.

Tapi, tidak lama selepas itu, Amarjeet kembali melakukan pembunuhan kejam terbabit.

Kali ini, mangsa adalah adik perempuannya sendiri yang baru berusia lapan bulan.

Pihak berkuasa inginkan kepastian sama ada Amarjeet mengalami masalah mental ataupun tidak.

“Ini adalah keadaan psikologi yang membuatnya menjadi tingkah laku yang sadis,” kata Analisis Psikologi yang merawat Amarjeet.

Kerana usianya yang masih di bawah umur, Amarjeet kini diletakkan dalam pusat tahanan khusus kanak-kanak sehingga usianya 18 tahun.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang berita terkini mengenai diri Amarjeet.

Walaubagaimanapun, menerusi laporan dari laman web The Post Mortem Post, Amarjeet kini masih lagi berada di tempat perlindungan kanak-kanak dan dalam pada masa yang sama dia turut menukar namanya kepada Samarjit.

Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi jaminan bahawa dia tidak akan melakukan lagi pembunuhan kejam itu. Sumber: Suara.tv, Editor: Amira


Demikianlah Artikel Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia

Sekianlah artikel Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembunuh Bersiri Termuda Di Dunia dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/pembunuh-bersiri-termuda-di-dunia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :