Judul : Pemandu Teksi Jadi Penyamun Ditumpaskan
link : Pemandu Teksi Jadi Penyamun Ditumpaskan
Pemandu Teksi Jadi Penyamun Ditumpaskan
PULAU PINANG: Seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur yang dalam perjalanan pulang untuk bercuti ke kampung halaman di Kedah sempat melakukan kerja 'sambilan' sebagai penyamun sebuah kedai serbaneka.
Suspek dikatakan bergerak berseorangan ketika kejadian menyamun tersebut dilakukan dan dia dikatakan menggunakan senjata api sebagai senjata utamanya.
Walaubagaimanapun, dia tewas selepas berjaya di tahan oleh Polis Pulau Pinang selepas melakukan kegiatan samun tersebut pada 11.30 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pulau Pinang suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan selepas didapati menyamun sebuah kedai serbaneka di Jalan Bagan Luar, Butterworth.
Tambahnya lagi, suspek dikatakan bekerja sebagai pemandu teksi di Kuala Lumpur dan dia balik ke sini kemudiannya melakukan samun di sebuah kedai 7 Eleven.
"Apabila dia mendapat hasil samun, dia akan balik semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja semula sebagai pemandu teksi,'' katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Menurut pihak polis juga, suspek katanya berpura-pura untuk membeli barang di kedai serbaneka sebelum mengacukan pistol ke arah juruwang untuk meminta mereka menyerahkan wang tunai yang dikehendakinya.
Selepas kejadian tersebut, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana yang berwarna hitam.
Namun begitu, suspek tersebut berjaya ditahan dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas kes berkenaan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Suspek kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Padang Serai, Kedah bersama sepucuk pistol ‘Smith & Wesson’ bersama enam butir peluru pada bahagian pinggang sementara 14 butir lagi ditemui di dalam kereta di luar rumahnya.
Hasil daripada soal siasat yang dilakukan, suspek mengaku melakukan kes samun bersenjata api dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 392/ 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat ) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira
Demikianlah Artikel Pemandu Teksi Jadi Penyamun Ditumpaskan
Sekianlah artikel Pemandu Teksi Jadi Penyamun Ditumpaskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Teksi Jadi Penyamun Ditumpaskan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/pemandu-teksi-jadi-penyamun-ditumpaskan.html