Judul : Pemandu Pelancong Simbah Bekas Isteri Dengan Cuka Getah
link : Pemandu Pelancong Simbah Bekas Isteri Dengan Cuka Getah
Pemandu Pelancong Simbah Bekas Isteri Dengan Cuka Getah
LANGKAWI: Seorang pemandu pelancong berumur 39 tahun telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini. Suspek dikatakan telah menyimbah isterinya dengan menggunakan cuka getah.
Suspek juga yang dikenali dengan nama Azhan Ramli,39 dikatakan sengaja mencederakan bekas isterinya Mazlina Rahani,33 dengan menggunakan cecair yang dipercayai cuka getah.
Azhan telah didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan perkarangan Sekolah Kebangsaan Bayas, Langkawi pada 7 Januari yang lalu antara 9.45 hingga 10 pagi. Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Suspek juga boleh dipenjara kan selama 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana di antara dua seksaan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya tidak menawarkan jaminan namun dirayu peguam Saidina Khatijah Zaharah Khairunisak Mohd Noor dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) atas alasan tertuduh penanggung tunggal keluarga.
Azhan bekerja sebagai pemandu pelancong.Pendapatan sebulan nya hanya RM 1,000 dan perlu menanggung dua orang anak nya yang berusia tujuh dan lapan tahun. Kedua-duanya masih bersekolah.
Rayuan tertuduh telah dipertimbangkan oleh Majistret Mohd Aizuddin Zokeply selepas beliau menimbang kan semula rayuan pesalah dengan ikat jamin RM 8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.
Kes untuk fakta dan hukuman ditetapkan pada 23 Januari depan di Mahkamah Majistret Langkawi. Sumber:Mymetro
Demikianlah Artikel Pemandu Pelancong Simbah Bekas Isteri Dengan Cuka Getah
Sekianlah artikel Pemandu Pelancong Simbah Bekas Isteri Dengan Cuka Getah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Pelancong Simbah Bekas Isteri Dengan Cuka Getah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/pemandu-pelancong-simbah-bekas-isteri_15.html