Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab..

Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab.. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab..
link : Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab..

Baca juga


Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab..


JAKARTA –Bupati atau pegawai daerah untuk Kepulauan Talaud di Sulawesi Utara, iaitu Sri Wahyumi Maria Manalip telah digantung tugasnya oleh Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tjahjo Kumolo.

Tindakan disiplin itu terpaksa dilakukan bukan kerana wanita tersebut agak comel bergaya dengan fesyen menarik, namun didapati pernah pergi ke luar negeri bertemu pemimpin asing tanpa kebenaran rasmi pihak kementerian.

Menurut media tempatan, Sri Wahyumi, 41, dilaporkan pernah mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dari 20 Oktober sehingga 13 November 2017 lalu selain berkesempatan berjumpa dengan Presiden Donald Trump di White House.

Ketua Biro Pemerintahan dan Perhubungan Awam Wilayah Sulawesi Utara, Jemmy Kuemendong mengesahkan menerima Surat Keputusan Menteri bernombor 131.71-17 tahun 2018 merujuk penggantungan itu pada Khamis.

“Surat berkenaan sudah ada, nanti besok akan diserahkan kepada bupati,” katanya. Menurut Tjahjo, Sri Wahyumi dianggap melanggar Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2014 mengenai Pemerintahan Daerah khususnya Pasal 76.

Peraturan tersebut menyatakan dengan jelas bahawa Ketua Daerah atau timbalannya yang didapati melakukan perjalanan ke luar negeri tanpa izin boleh dikenakan tindakan pemberhentian sementara selama tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun, mengulas isu penggantungan dirinya, bupati berwajah cantik ini mengakui bahawa perjalanan ke AS tersebut merupakan urusan peribadi, malahan dia tidak membawa staf atau menggunakan peruntukan jabatannya.

“Pasport yang saya gunakan pun adalah pasport orang awam dan saya ke sana sendiri tanpa bawa staf. Saya juga tidak guna dana daripada bajet pejabat daerah,” ujar Sri Wahyumi dengan kesal ketika dipetik portal Kompas.com.

Beliau juga kecewa berita itu ‘bocor’ tular menerusi media sosial terlebih dahulu dan menyifatkan hukuman tersebut zalim kerana dirinya diundang Trump ke pejabatnya dan berada di AS bagi mengikuti satu program antarabangsa.

Ketika ini, Sri Wahyumi dilaporkan berhasrat menjadi bakal calon Bupati Talud dalam pilihan raya tempatan 2018 dan bertanding di bawah tiket bebas berpasangan dengan Gunawan Talenggoran. Sumber: Mynewshub , Editor:Farhana




Demikianlah Artikel Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab..

Sekianlah artikel Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai Daerah Comel Ini Digantung Kerja Sebab.. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/pegawai-daerah-comel-ini-digantung.html

Subscribe to receive free email updates: