Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya

Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya
link : Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya

Baca juga


Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya


SEMPORNA: Satu kes telah berlaku pada 31 Oktober 2017 di mana satu kemalangan telah berlaku membabitkan seorang lelaki pada jam 5 petang.

Mangsa yang identitinya tidak dapat dikenalpasti pada awalnya dikatakan sedang membonceng motosikal dan nasibnya tidak bernasib baik apabila dia terlibat di dalam kemalangan.

Berikut adalah kronologi kes ini berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh adik mangsa. 
Lebih kurang jam 7 petang, isteri mangsa memaklumkan bahawa dia ada menerima berita mengenai kemalangan tersebut daripada rakan mangsa.

Namun, dia beranggapan bahawa kemalangan tersebut adalah biasa dan tidak teruk.

Sejurus keluarga mangsa mengetahui mengenai berita tersebut, tepat jam 7.30 malam, keluarganya datang melawat mangsa di Hospital Semporna dan mendapati mangsa mengalami kecederaan yang parah.

Doktor yang merawat mangsa memberitahu bahawa mangsa dihantar ke hospital dengan menggunakan kereta peronda polis yang pada masa itu melalui kawasan kejadian.

Sejurus melihat keadaan mangsa, isteri mangsa terus ke Balai Polis Semporna untuk membuat laporan mengenai kemalangan terbabit dan merasa tertipu dengan berita yang disampaikan oleh rakan mangsa.

Namun laporannya tidak diendahkan dan diterima atas alasan kaunter laporan sudah ditutup.

Oleh kerana keadaan mangsa yang semakin teruk, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tawau dan dimasukkan ke ruangan ICU.

Sementara itu, keluarga mangsa dalam pada masa yang sama turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa di mana mereka tidak melakukan sebarang siasatan mengenai kes terbabit.

Menurut adik mangsa, pihak polis dikatakan tidak turun langsung ke kawasan kemalangan malah motosikal yang terlibat juga hanya dibiarkan di rumah rakan mangsa dengan alasan motosikal tersebut adalah milik rakan mangsa.

Namun, pada 2 November 2017,mangsa yang dikenali sebagai Mohd Helmi telah pergi buat selamanya apabila dia menghembuskan nafas terakhirnya di hospital.

Pihak berkuasa dari Balai Polis Semporna dalam pada masa yang sama turut memaklumkan kepada keluarga mangsa supaya menarik balik laporan yang dibuat.

Hal ini kerana, pihak berkuasa tidak mahu sebarang bedah siasat dilakukan ke atas mangsa dan hanya mahu keluarga mangsa menyangka bahawa mangsa meninggal akibat kemalangan sahaja.

Sementara itu pada 3 November 2017,apabila keluarga mangsa memandikan mayat mangsa, mereka mendapati bahawa badan mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan mereka mempercayai bahawa mangsa telah dibunuh dengan kejam.

Dalam pada masa yang sama, motosikal yang dipercayai terbabit dalam kemalangan tersebut juga tidak mengalami apa-apa kesan calar

Melalui pemerhatian keluarga mangsa, mangsa dikatakan mengalami luka di bahagian belakang kepala, telinga kiri, mata yang agak lebam, tangan juga turut lebam, 3 tulang rusuk patah, tapak kaki tercedera serta doktor turut memaklumkan bahawa mungkin mangsa terkena objek tajam sehinggakan terkena bahagian otak.

Selepas mangsa dikebumikan,abang sulung kepada mangsa telah pergi ke Balai Polis Semporna,untuk membuat laporan ,namun langsung tidak diendahkan.

Apabila diketahui, rupa-rupanya pihak balai polis berkenaan langsung tidak membuat apa-apa laporan untuk menyiasat kes terbabit.

Sehinggalah, salah seorang kakitangan unit trafik telah menghantar khidmat pesanan ringkas (Whatsapp) kepada abang mangsa untuk membuat laporan baru iaitu selepas 2 minggu arwah di kebumikan.

Setiap hari keluarga mangsa akan datang ke balai polis untuk bertanyakan perkembangan siasatan terhadap kes kematian arwah.

Namun, apabila ditanya, pihak polis dikatakan bersikap acuh tak acuh di mana masing-masing dikatakan tidak mahu memberi maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

Malah, ada juga perkara yang tidak masuk akal berlaku di mana pihak polis meminta abang mangsa untuk menghantar motosikal terbabit ke balai dan turut meminta keluarga mangsa mencari sendiri kakitangan unit peronda yang telah menghantar mangsa ke hospital.

Walaubagaimanapun, keluarga mangsa tidak mempunyai sebarang maklumat serta kuasa dan sudah pasti ini akan menyukarkan pencarian mereka.

Akibat daripada perkara tersebut, keluarga mangsa telah berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Semporna (OCPD) untuk bertanyakan mengenai kes tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah, dia memberitahu bahawa dia sendiri akan mengambil alih kes tersebut dan perkara ini memberikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga kerana mereka hanya mahukan keadilan buat mangsa.

Selang beberapa hari kemudian, pihak berkuasa bahagian unit jenayah telah memanggil keluarga mangsa datang ke Balai Polis Semporna untuk bersemuka dengan rakan mangsa, isterinya, adiknya, dan juga bapanya yang merupakan orang terakhir yang bersama mangsa.

Tepat 45 hari arwah di dikuburkan, kakitangan unit trafik sekali lagi menghantar khidmat pesanan ringkas kepada abang sulung mangsa bahawa keputusan sudah di keluarkan.

Surat keputusan tersebut hanya di tinggalkan di kaunter balai polis trafik tanpa ada sebarang penjelasan dari Unit Trafik Semporna.

Kertas keputusan tersebut hanya menyatakan bahawa mangsa telah meninggal atas alasan terbabas sendiri.

Persoalannya di sini,bagaimana mungkin balai polis Semporna membuat kenyataan tersebut tanpa mempunyai sebarang bukti.

Difahamkan juga pihak unit trafik tersebut mengeluarkan kertas keputusan dengan hanya mendengar keterangan daripada rakan mangsa yang kononnya kemalangan tersebut berlaku di depan matanya.

Berita sebegini sukar diterima keluarga mangsa dan mereka berharap agar pihak berkuasa Semporna menyelesaikan kes ini sekali lagi.

Tetapi, untuk siasatan kali ini pihak berkuasa mestilah menjalankan penyiasatan yang telus tanpa mendapat pengaruh daripada mana-mana pihak supaya mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya dan pelakunya dapat segera ditangkap.

Semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini dan kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Editor: Amira



Demikianlah Artikel Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya

Sekianlah artikel Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/mohon-balai-polis-semporna-siasat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :