Judul : @mohdshafieapdal Hina Anggota @RelaMalaysia Sebagai Penjaga Trafik Semasa Kenduri
link : @mohdshafieapdal Hina Anggota @RelaMalaysia Sebagai Penjaga Trafik Semasa Kenduri
@mohdshafieapdal Hina Anggota @RelaMalaysia Sebagai Penjaga Trafik Semasa Kenduri
Presiden Parti Warisan Sabah yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna, DS Mohd Shafie Apdal membuat penghinaan ke atas hampir 3.05 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika berucap di Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, dua hari lepas.
Shafie Apdal bukan sahaja mempersoalkan malah memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Kata Shafie Apdal sambil mentertawakan RELA,
RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik.
Pada 29/09/2017, Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meluluskan penglibatan anggota RELA sebagai barisan kedua dalam menjaga keselamatan di sempadan negeri ini daripada diceroboh oleh anasir luar.
Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 500 anggota RELA terlibat dalam projek perintis itu. DS Dr Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa itu berkata, pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih berperanan sebagai pasukan utama dalam mengawal sempadan negara.
Apa motif Shafie Apdal memperlekehkan dan mempersendakan peranan anggota RELA untuk mempertahankan keselamatan negara? Shafie Afdal perlu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya terhadap penghinaan ke atas anggota RELA.
Demikianlah Artikel @mohdshafieapdal Hina Anggota @RelaMalaysia Sebagai Penjaga Trafik Semasa Kenduri
Sekianlah artikel @mohdshafieapdal Hina Anggota @RelaMalaysia Sebagai Penjaga Trafik Semasa Kenduri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel @mohdshafieapdal Hina Anggota @RelaMalaysia Sebagai Penjaga Trafik Semasa Kenduri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/mohdshafieapdal-hina-anggota.html