MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG?

MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG?
link : MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG?

Baca juga


MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG?





MCA mempersoalkan pembabitan syarikat fesyen tempatan yang menjadi pemegang saham syarikat tujuan khas (SPV) dalam projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata sebelum ini, kerajaan negeri diterajui DAP memaklumkan bahawa dua syarikat pembinaan China akan menjadi pemegang saham dalam SPV.

“Namun hari ini, pemeriksaan kami menunjukkan dua syarikat pembinaan China itu tidak langsung disenaraikan sebagai pemegang saham SPV,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, sebaliknya, sebuah syarikat fesyen bernama Voir dijadikan pemegang saham SPV dengan 39 peratus saham selebihnya dipegang beberapa penama lain.

Pada 31 Ogos tahun lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Voir berhasrat mengembangkan perniagaan dengan memasuki bidang pembinaan apabila membeli 13.21 faedah ekuiti dalam Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Consortium Zenith Construction merupakan syarikat yang memenangi tender projek terowong dasar laut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini menegaskan bahawa kontrak berkenaan diberikan melalui tender terbuka.




Laporan itu turut mendedahkan bahawa Consortium Zenith Construction dan Voir berkongsi pengerusi yang sama.

Sementara itu, Ka Siong menuntut kerajaan Pulau Pinang menjelaskan pembabitan Voir dalam projek berkenaan.

“Rakyat Pulau Pinang berhak tahu kenapa terowong dasar laut berbilion mereka kini akan dibina dengan pembabitan syarikat fesyen kecil tempatan berbanding dua syarikat berpengalaman dan berdana besar seperti yang dijanjikan,” katanya.

Pada ketika ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasata projek terowong dasar laut berkenaan yang menyaksikan agensi itu menyerbu KOMTAR dan syarikat berkaitan.




Demikianlah Artikel MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG?

Sekianlah artikel MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA: KENAPA SYARIKAT FESYEN TERBABIT PROJEK TEROWONG P.PINANG? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/mca-kenapa-syarikat-fesyen-terbabit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :