Judul : Mayat Dua Lelaki Tertimbus Di Kota Marudu
link : Mayat Dua Lelaki Tertimbus Di Kota Marudu
Mayat Dua Lelaki Tertimbus Di Kota Marudu
KOTA MARUDU: Dua orang lelaki maut dipercayai telah tertimbus ke dalam tanah runtuh di Kilometer 36 Jalan Marak Parak- Ranau, mangsa dipercayai menaiki motosikal dekat sini pagi tadi.
Superintendan Mohd Izaan Abdullah Ketua Polis Daerah Marudu berkata, dua orang mangsa yang dikenali sebagai Jaimin Bien,46 tahun dan Edmon James,22 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Difahamkan bahawa kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Tandahawon dan Kampung Melangkap Tengah, Kota Marudu.
Jasad mangsa berjaya dibawa keluar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang bergegas ke lokasi kejadian.
"Kita telah menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap mangsa.
"Mangsa pertama telah ditemui pada jam 8.31 pagi manakala mangsa kedua ditemui pada jam 9.28 pagi,"katanya.
Mayat kedua-dua lelaki tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.Editor: Ila
Demikianlah Artikel Mayat Dua Lelaki Tertimbus Di Kota Marudu
Sekianlah artikel Mayat Dua Lelaki Tertimbus Di Kota Marudu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mayat Dua Lelaki Tertimbus Di Kota Marudu dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/mayat-dua-lelaki-tertimbus-di-kota_31.html