Judul : Mayat Ditengelamkan Mengunakan Batu Dan Besi
link : Mayat Ditengelamkan Mengunakan Batu Dan Besi
Mayat Ditengelamkan Mengunakan Batu Dan Besi
PELABUHAN KLANG: Seorang lelaki telah ditemui di mana mayatnya diikat dan turut dibungkus dengan kanvas telah ditemui oleh orang ramai di dalam sungai berhampiran dengan tiang tiang konkrit Jeti Barter Trade, Jalan Asa Niaga, Pelabuhan Klang hari ini.
Mayat lelaki terbabit yang dipercyai berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui orang awam sekitar jam 8.15 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, hasil daripada pemeriksaan forensik mendapati terdapat besi dan juga seketul batu yang diikat di bahagian belakang dan kaki mayat berkenaan ketika mayat tersebut dijumpai.
Setakat ini, tiada sebarang identiti mengenai mayat tersebut ditemui dan berdasarkan pemerhatian mayat tersebut dipercayai sudah mati melebihi 72 jam.
"Siasatan pasukan forensik mendapati mayat ini ditemui dalam keadaan tidak berbaju, berseluar panjang, berkasut sarung kelabu serta berstoking pendek."
"Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan arus laut membawa mayat ke lokasi itu," katanya.
Ketika mayat tersebut ditemui, didapati mayat itu telah dibungkus dengan kanvas yang berwarna biru yang mana di bahagian bucunya telah dililit dengan tali nilon.
Namun begitu, berdasarkan laporan pihak berkuasa bahagian muka dan kedua-dua tangan mangsa dikatakan terkeluar daripada bungkusan terbabit.
"Batu yang diikat pada mayat itu dipercayai bertujuan menenggelamkannya."
"Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam dan bedah siasat akan dijalankan jam 10 pagi esok," katanya.
Setakat ini, motif kejadian masih lagi belum diketahui dan pihak berkuasa akan segera menyiasat perkara ini secepat mungkin.
Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira
Demikianlah Artikel Mayat Ditengelamkan Mengunakan Batu Dan Besi
Sekianlah artikel Mayat Ditengelamkan Mengunakan Batu Dan Besi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mayat Ditengelamkan Mengunakan Batu Dan Besi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/mayat-ditengelamkan-mengunakan-batu-dan_13.html