Judul : Lelaki pecah masuk tokong ditahan
link : Lelaki pecah masuk tokong ditahan
Lelaki pecah masuk tokong ditahan
BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki bertatu di kedua-dua tangannya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian ceroboh di sebuah tokong di Jalan Kampung Manggis, Permatang Tinggi di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata suspek ditahan dalam serbuan di sebuah kedai mencuci kenderaan di Jalan Rozhan, di sini kira-kira 1.30 pagi Ahad.
"Dalam kejadian kira-kira 1 petang Jumaat lepas, penjaga tokong berkenaan berusia 60 tahun membuat laporan polis selepas mendapati kunci mangga pada pintu jeriji tokong diumpil.
"Pemeriksaan mendapati dua unit lampu minyak tembaga milik tokong bernilai kira-kira RM2,500 hilang manakala terdapat kesan potong pada peti besi yang menyimpan wang derma tetapi duit tidak sempat dicuri," katanya di sini Ahad.
Lelaki itu dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup dalam tokong tersebut sedang menaiki sebuah motorsikal memecah masuk rumah ibadat berkenaan.
Nik Ros Azhan berkata semasa kejadian, tiada penjaga dan orang sembahyang si situ dan suspek dipercayai masuk melalui pagar hadapan yang tidak berkunci dan memecahkan manga stor menyimpan barang.
Susulan kejadian itu,pihak polis berjaya menahan dan merampas satu bongkah berwarna kuning dan berlambang serta berukiran naga.
"Selain itu, polis turut merampas beberapa barangan lain termasuk sebuah motosikal digunakan dalam kejadian berkenaan serta sebuah topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kami sedang siasat sama ada ia digunakan untuk menyamar sebagai polis," katanya.
Suspek dikatakan bekerja sebagai pencuci kereta dan mempunyai enam rekod lampau dipercayai menjual dua unit lampu tembaga yang dicuri dan kini direman bagi membantu sisasatan berkenaan. Sumber: BERNAMA , Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Lelaki pecah masuk tokong ditahan
Sekianlah artikel Lelaki pecah masuk tokong ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki pecah masuk tokong ditahan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/lelaki-pecah-masuk-tokong-ditahan_8.html