Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download.

Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download.
link : Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download.

Baca juga


Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download.



Tanpa kita sedari, kita telah memusnahkan kerjaya orang lain akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Pernahkah kita berfikir nasib pihak yang bertungkus-lumus menghasilkan sesebuah karya tetapi tidak berpeluang menerima sebarang hasil kerana perlakuan kita itu.

Seorang lelaki yang bernama, Mohd Danial Abdullah berkongsi perbualannya bersama seorang gelandangan berbangsa India, dikenalinya sebagai Raj yang mengaku dirinya menjadi gelandangan akibat teknologi “digital download”.

Raj fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris memudahkan untuk berbual dengan sesiapa sahaja.

Raj yang akui bijak bermain peralatan muzik seperti seksafon, dram, gitar dan sebagainya namun berakhir hidup di jalanan selepas tidak mampu lagi “membuat duit” atau “mencari makan” kerana tiada siapa lagi mahu membeli hasil karyanya.

Kata Danial, Raj seorang yang sangat berpendidikan dan seorang bekas pemuzik. Namun segalanya musnah apabila terciptanya teknologi ‘digital download’.

Raj sudah hidup sebagai gelandangan selama 5 tahun dan mula minum arak akibat tekanan hidup setelah ditinggalkan anak dan isteri.

Ibu Raj masih hidup dan tinggal di Melaka dan mereka sering berhubung dan Raj akan berkata kehidupannya baik-baik sahaja.

Danial mula tertarik dengan sikap saling membantu sesama gelandangan apabila Raj memasuki kedainya di Chow Kit meminta tolong menghubungi ambulans kerana rakan gelandangannya muntah darah akibat berlebihan minum arak tapi dihalaunya kerana ‘mood’ tidak elok.

Bagaimanapun dia sedar kesilapannya selepas seorang wanita Cina membantu lelaki itu dengan menghubungi ambulans dan segera keluar meminta maaf serta mula berbual dengan Raj dan mendapati betapa, dalam kalangan gelandangan, mereka saling membantu.

Ketika mereka sedang berbual, seorang lelaki Indonesia menawarkan makanan kepada Raj.

Selepas itu, Raj meminta dirinya pulang untuk mengagihkan makanan kepada rakan gelandangan yang lain.

Walaupun susah dan tidak begitu senang, Danial faham bahawa ada kehidupan yang lebih susah darinya.
“Uncle Raj yang hanya membawa satu ‘tote’ bag masih boleh berfikir untuk mengagihkan sebungkus makanan yang dia dapat tadi. Apakah aku yang serba cukup ini sanggup menghalau seseorang keluar dari kedai hanya kerana dia seorang ‘homeless’?” tulis Danial mengakhiri statusnya.

Ingatlah kisah ini setiap kali mahu muat turun lagu atau filem secara haram agar tidak memusnahkan periuk nasi karyawan. Sumber:Free Malaysia Today , Editor:Farhana


Demikianlah Artikel Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download.

Sekianlah artikel Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Ini Mengaku Jadi Gelandangan Kerana Teknologi Digital Download. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/lelaki-ini-mengaku-jadi-gelandangan_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :