Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya.........

Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya......... - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya........., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya.........
link : Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya.........

Baca juga


Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya.........




Kisahnya bermula pada malam pertama aku dan isteri setelah sah diijab kabulkan. Alam perkahwinan amatlah dinanti-nantikan oleh setiap insan di muka dunia ini. Siapa sahaja yang tidak mahu mendirikan rumah tangga apabila kewangan sudah pun mula stabil.

Aku adalah di antara salah seorang daripadanya yang sangat mengimpikan alam perkahwinan ini. Namun, semuanya musnah.

Hancur lebur hati ini bagai di tusuk sebilah pisau yang tajam. Ya, pisau orang gunakan dekat dapur untuk memasak tu. Pedih teramat-amat pedih. Tuhan sahaja tahu perasaan ini seperti di perbodohkan orang sekelilingku.

Aku baru sahaja tiga hari mendirikan rumah tangga bersama isteri yang aku tatang bagai minyak yang penuh. Sebanyak RM 20k aku berusaha untuk menghalalkan dia.

Segala persiapan telah pun aku sediakan. Dari bab rumah hingga la segala isi didalam rumah itu. Aku tidak mahu isteriku berasa susah seperti mana aku rasa untuk mengumpul duit hantaran.

Aku memilih dia sebagai seorang isteri pun bersebab. Jika di lihat pada luarannya dia seorang wanita yang amat menjaga solat nya.

Sebelum berkahwin ada juga kami keluar bersama atas urusan mencari keperluan hantaran. Namun, setiap kali masuk waktu solat sahaja dia akan meminta aku untuk berhenti di mana-mana masjid atau surau berdekatan untuk menunaikan solat.

Itu salah satu sebab yang kuat untuk aku memperisterikan dia. Dia juga seorang wanita yang lemah lembut dan sopan.

Paling aku suka bila dia bercakap. Boleh cair hati ni. Lemah lembut sahaja setiap ayat yang cuba dilontarkan kepada ku.

Pada hari pernikahan kami, aku lihat dia sangat cantik dengan busana pengantin yang digayakan nya itu. "Fuh cantik gila bini aku,"kata ku didalam hati. Dia memang cantik orang nya, kulit putih serta berlesung pipit di pipi kanan.

Mana-mana lelaki yang memandangnya juga akan turut cair dengan kecantikan semula jadi isteriku. Dia sememangnya tidak suka mengenakan solakan tebal dimukanya.

Cukupah sekadar bedak bayi jenama ' Baby Johnson' dicalitnya ke muka itu sudah memadai baginya.

Malam yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Aku yang baru sahaja selesai menonton perlawanan bola sepak  di televsion terus memasuki ruang beradu kami.Isteriku duduk di hujung penjuru katil menunggu ku untuk masuk tidur barangkali.

Aku sapa isteriku "yang kenapa tak tidur lagi ni?,"kata ku. Jawab isteriku "tunggu abang masuk tidurlah,"katanya.

Bermulalah malam pertama kami pada malam itu.Alangkah terkejutnya aku saat melaksanakan tanggungjawab terhadapnya.

Rupa-rupanya dia bukan lagi anak dara. Barangkali sudah ditebuk tupai terlebih dahulu sebelum aku menjadi suaminya.

Malam itu juga aku mengamuk bagai orang hilang akal. Yalah, aku kerja bermati-matian untuk menghalalkan dia. RM 20K aku kumpul bukannya sikit jumlah tu,banyak tau. Tapi ini yang aku dapat.

Isteriku seolah-olah menyalahkan aku dalam hal ini. Katanya aku lelaki teruk dan tidak boleh menerima masa lalunya.

Katanya jika aku seorang suami yang baik sudah pasti aku dapat menerima dia seadanya. Tetapi yang menjadi mangsa dalam kes ini adalah aku.

Sama seperti aku hanya dipergunakan oleh nya untuk menutup segala kesalahan yang telah dilakukannya dahulu. Apakah semua ini?

Aku hanya mangsa didalam cerita hebat yang telah disusun rapi olehnya. Terima kasih wahai insan yang bergelar isteri. Terima kasih juga kerana meletakkan aku didalam situasi seperti ini. Editor: Ila



Demikianlah Artikel Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya.........

Sekianlah artikel Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya......... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ku Sangkakan Anak Dara, Rupanya......... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/ku-sangkakan-anak-dara-rupanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :