Judul : Kereta Dijual Tukang Tarik
link : Kereta Dijual Tukang Tarik
Kereta Dijual Tukang Tarik
Seorang wanita yang yang dikenali sebagai peniaga berkongsi kisah sedih yang dilaluinya sepanjang berniaga bersama suami dan yang paling teruk adalah tahun 2017.
Wanita tersebut pernah ditipu dan kereta kena curi sehingga rasa putus asa dan mahu lupakan segalanya sehingga suaminya suruh berhenti berniaga.
Walaupun sudah buat yang terbaik, tetap tidak mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut kerana ramai pelanggan yang Cuma bertanya sahaja dan selepas itu terus senyap.
Kisah bermula apabila kereta yang digunakan oleh peniaga itu untuk mencari rezeki ditarik oleh 3 orang penyamun yang kononnya penarik kereta yang dikenali berbangsa melayu dan beragama Islam.
Peniaga itu akui bahawa keretanya sudah keluar notis untuk ditarik dari pihak bank kerana tunggakan dan mengalami kesusahan untuk berniaga dan pernah ditipu pihak KL karnival.
Walaupun begitu, mereka tetap meneruskan perniagaan dan sanggup berhujan panas dan kereta itulah menjadi peneman setia kemana sahaja mereka pergi.
Pada suatu hari 13 oktober 2017, selepas selesai urusan di jalan duta mereka ditahan oleh tiga orang lelaki yang mengaku dari pihak bank mahu menarik kereta dan minta rm3000 sekiranya tidak mahu kereta ditarik.
Kerana tiada duit, tiga lelaki itu memberi cadangan untuk menyimpan kereta itu dahulu sebelum mereka dapat mengumpul duit.
Si suami berbincang dengan pihak bank dan pihak bank meminta bayaran sebanyak RM4000 untuk elak kereta ditarik dan mereka sedaya upaya usaha mencari duit termasuk meminjam dari keluarga untuk dapatkan kereta semula.
Bayaran RM4000 telah dibuat di bank dan tunggakan sudah tiada lalu mereka bertanya kepada penyamun tersebut untuk ambil semula kereta dan minta untuk bayar RM2000 sahaja namun mereka berkeras mahukan RM3000 dan memberitahu kereta peniaga tersebut telah di jual tanpa pengetahuan pemiliknya.
Terlalu senang mereka menjual kereta milik orang lain tanpa surat perjanjian dan tukar hak milik.
Penyamun tersebut mengambil duit dari pembeli kereta itu tanpa membayar sedikit pun pada pihak bank dan tunggakan menjadi empat bulan sejak kereta itu dijual.
Mereka berjanji akan selesaikan masalah tersebut dengan pembeli kereta itu dan pulangkan kepada pemiiliknya dan memberi pelbagai alasan bila diajak berjumpa.
Pemilik kereta itu, berulang alik pergi bank untuk meminta maklumat penyamun tersebut namun pihak bank tidak mahu membantu kerana bukti tandatangan suami dan cop jari sekeping surat mengatakan kereta dipegang bukan untuk dijual beli.
Pihak polis juga berkeras tidak mahu membantu kerana katanya itu urusan pihak bank walaupun melibatkan kes curi.
Bagi sesiapa yang ternampak kereta alza merah no pendaftaran wc8387u di sekitar KL atau luar kawasan KL diminta untuk hubungi pemiliknya di talian 0173575052-Emma dan 018-4698355/ 011-14267779-Wan. Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Kereta Dijual Tukang Tarik
Sekianlah artikel Kereta Dijual Tukang Tarik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kereta Dijual Tukang Tarik dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kereta-dijual-tukang-tarik.html