Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka

Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka
link : Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka

Baca juga


Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka


PAHANG – Seorang penagih dadah ‘naik hantu’ dan membuat keputusan yang tidak sepatutnya apabila bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah bapanya di FELDA Jengka 11, Maran kerana gagal mendapatkan wang daripada ibunya, hari ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang dan tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ibu suspek yang merupakan ibu tunggal tiada di rumah ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Suprintendan Norzamri Abd Rahman berkata, suspek yang berusia 33 tahun dipercayai sudah mengugut untuk membakar rumah itu sejak beberapa hari lalu kerana ibunya enggan memberinya duit untuk membeli bahan terlarang itu.

Suspek ditahan di sekitar rumahnya setelah sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian apabila menerima maklumat dari orang awam.

Suspek dipercayai seorang penganggur dan mempunyai lima rekod jenayah lampau kini ditahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya yang menerima panggilan pada 2.27 petang berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit.

"Sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian di mana sebuah rumah sedang terbakar. 

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu air daripada tangki jentera.”katanya

Hampir 90 peratus rumah itu terbakar, namun jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sumber:Harian Metro , Editor:Farhana














Demikianlah Artikel Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka

Sekianlah artikel Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerana "Rindu", Lelaki Bakar Rumah Pusaka dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kerana-rindu-lelaki-bakar-rumah-pusaka_20.html

Subscribe to receive free email updates: