KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB

KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB
link : KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB

Baca juga


KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB




Kota Marudu -- Kerajaan sentiasa memberi keutamaan sangat tinggi terhadap bidang pendidikan kerana menguasai limu dan kemahiran adalah prasyarat untuk berjaya di dunia dan akhirat. kata Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan perlu ada wawasan untuk menyediakan generasi hari ini dengan ilmu untuk menangani cabaran pada hari ini dan di masa depan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandau di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Najib berkata kerajaan tidak boleh bermain politik untuk popular dan tidak mempunyai wawasan untuk bersaing dalam persekitaran yang semakin kompetitif.

Kerajaan yang bertanggungjawab perlu menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat, katanya sambil menegaskan kerajaan tidak menjanjikan fantasi yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

"Kita (kerajaan Barisan Nasional) tidak seperti pembangkang suka memberikan janji kosong untuk memperdaya rakyat membenci kerajaan. Kita sebagai kerajaan lakukan terbaik dan ada kemampuan untuk menunai dan melaksanakan janji kepada rakyat," katanya.

Najib berkata sebagai perdana menteri menjadi satu wawasan kepadanya untuk meletakkan negara antara 20 terbaik di dunia suatu hari nanti.

Beliau berkata ia bukan fantasi atau omong kosong berikutan sudah ada tanda kejayaan apabila negara mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 6.2 peratus suku ketiga tahun lepas.

Katanya dalam kategori penerapan kewangan, Malaysia masuk dalam kategori A.

"Sebab itu apabila pembangkang cakap negara bankrap, mereka main buyuk (menipu). Kalau negara bankrap, Musa tidak dapat peruntukan diperlukan untuk pembangunan Sabah. Kalau negara bankrap bolehkah saya luluskan peruntukan untuk mana-mana negeri," katanya.

Justeru, Najib berkata rakyat tidak boleh mempercayai pembangkang kerana mereka memainkan sentimen perasaan sangsi dan benci terhadap kerajaan.




Demikianlah Artikel KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB

Sekianlah artikel KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN BERI KEUTAMAAN TINGGI PADA BIDANG PENDIDIKAN - NAJIB dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kerajaan-beri-keutamaan-tinggi-pada.html

Subscribe to receive free email updates: