Judul : Kenangan Pahit di Air Terjun Telaga Tujuh
link : Kenangan Pahit di Air Terjun Telaga Tujuh
Kenangan Pahit di Air Terjun Telaga Tujuh
LANGKAWI: Seorang lelaki ditemui lemas selepas tergelincir dan terjatuh ketika mandi di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi, hari ini.
Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa, Mohamad Aszuan Mohamad Nasir, 28, dari Felda Keratong, Pahang dilaporkan terjatuh di kawasan air terjun dan maut di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisham Ibrahim berkata, mangsa ditemui dalam air sebelum diangkat ke darat oleh orang awam.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.15 pagi sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.
Mohd Hisham berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.
"Mayat mangsa kemudian dibawa turun dari kawasan air terjun ke tempat letak kenderaan pusat rekreasi itu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. Sumber: Mymetro - Editor: Amylea Nazrul
Demikianlah Artikel Kenangan Pahit di Air Terjun Telaga Tujuh
Sekianlah artikel Kenangan Pahit di Air Terjun Telaga Tujuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenangan Pahit di Air Terjun Telaga Tujuh dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kenangan-pahit-di-air-terjun-telaga.html