Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi

Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi
link : Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi

Baca juga


Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi


MELAKA: Seorang pemilik kedai emas kerugian kira-kira RM200,000 selepas premisnya di Jalan Gan Heng Soo, di pecah masuk perompak dalam kejadian tengah malam tadi, Jasin di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, perompak dipercayai menebuk peti besi sebelum berjaya melarikan sejumlah yang besar dan barangan kemas ketika premis perniagaan itu sudah ditutup.

Pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Sia, 58, mendakwa dia terkejut ketika ingin memulakan perniagaan apabila mendapati bilik keselamatan yang menempatkan peti besi di pecah masuk perompak.

"Berikutan kejadian yang berlaku ini, saya segera menghubungi polis," katanya ketika ditemui, hari ini.

Mangsa sudah memulakan perniagaan itu lebih 20 tahun lalu, mendakwa penjenayah terbabit menebuk bahagian tepi peti besi dan mengambil sebahagian emas yang dapat dicapai dan merosakkan pintu peti itu.

Katanya, selain peti besi, kumpulan penjenayah itu turut merosakkan lima pintu besi di belakang kedai terbabit yang dipercayai digunakan kumpulan penjenayah terbabit untuk melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata kejadian pecah masuk premis itu dipercayai berlaku pada malam hari membabitkan lebih daripada dua individu.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak ada kaitan dengan kumpulan Geng Tebuk yang berlaku di Sungai Udang, baru-baru ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

"Siasatan masih dijalankan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran dan jumlah kerugian sedang ditafsirkan."

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pecah masuk di malam hari. Sumber: Berita Harian - Editor: Amylea Nazrul


Demikianlah Artikel Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi

Sekianlah artikel Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kedai Emas Di Melaka Kena Rompak Lagi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kedai-emas-di-melaka-kena-rompak-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: