Judul : Kebaikan Dibalas Dengan Tuba
link : Kebaikan Dibalas Dengan Tuba
Kebaikan Dibalas Dengan Tuba
Seorang wanita menceritakan pengalaman kehidupan dan bagaimana rumah tangganya berlaku keretakan sehingga dia bercerai.
Si isteri seorang wanita berkerjaya agak baik,berpendidikan tinggi dan berjawatan dalam politik berkahwin dengan suami yang merupakan seorang duda mempunyai dua anak perempuan.
Suami membawa dua anak perempuannya tinggal bersama isteri di rumah ibu bapa si isteri dan ibu bapa isteri sangat menyayangi cucunya walaupun bukan cucu kandung.
Selama 13 tahun berkahwin, si isteri bekerja kuat termasuk berniaga sampingan dan kehidupan mereka agak mewah dan suami tidak bekerja tetap hanya membuat kerja-kerja kampung sahaja.
Sampailah suatu ketika isteri berjaya membeli 4 buah kereta dan membina sebuah rumah diatas tanahnya sendiri bernilai RM200,000 dan si suami dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh kerana tiada anak bersama suami.
Setiap hari isteri memberi wang saku dan makan minum suami terjaga.
Si suami berkata mula bosan tinggal di rumah besar itu dan anak-anaknya juga sudah berkahwin pada usia muda iaitu 18 dan 19 tahun.
Bagi menghilangkan kebosanan suami, isteri meminta suaminya mengambil PSV bas dan dibiayai sepenuhnya.
Suami mula jadi pemandu bas universiti dan selalu pulang lewat kerana katanya para pelajar banyak aktiviti malam.
Walaupun sudah bekerja si suami tetap diberi wang saku setiap hari rm50.
Suatu hari si suami membawa pulang remaja perempuan berusia 21 tahun dan katanya gadis itu anak angkatnya dan sedang menjalani latihan industri di negeri itu.
Gadis itu berasal dari pantai timur, si isteri turutkan dan menghubungi pihak universiti untuk bertanya kenapa dia tidak berpraktikal di negerinya dan pihak universiti berkata gadis itu berkeras mahu menjalani latihan industri di negeri itu.
Si isteri berkata setiap kali dia masak gadis itu akan memberitahu kepada teman lelakinya menu apa yang ibu angkatnya masak dan sering dapat hadiah yang menarik.
Gadis itu sangat menghormati ibu angkatnya dan memanggil dengan panggilan mama.
Pada suatu hari, kakak kepada isteri menasihati supaya tidak membenarkan gadis itu tinggal bersama kerana takut sesuatu terjadi.
Si suami memarahi keluarga isteri dan terus mengambil duit poket dari isteri dan tidak pernah ada duit walaupun bekerja.
Suatu hari si isteri terpaksa berkhusus di Penang selama empat hari dan menyuruh gadis itu pulang ke asrama dan dia bersetuju namun selepas dua hari kakak isteri menelefon suruh adiknya pulang melihat keadaan rumah.
Si isteri pulang pada malam itu juga jam 11.30 menumpang kawannya dan sengaja masuk ke dalam kawasan rumah berjalan kaki.
Alangkah terkejutnya si isteri melihat suami hanya memakai tuala menghadap televesyen sambil merokok dan gadis itu hanya mengenakan baju labuh tali kecil tanpa lengan.
Dengan selamba isteri itu memasuki rumah dan terus masuk ke bilik dan kelihatan mereka begitu terkejut.
Selang 5 hari selepas itu gadis tersebut balik pantai timur bercuti dan si isteri mengajak suami naik super bike bersiar-siar dalam kampung dan meminta telefon bimbit suami untuk menelefon kawan kononnya dia tidak membawa telefon.
Suami bertanyakan nombor kawan isterinya untuk didail dan isteri terus memberitahu dan selepas itu dia terus matikan panggilan itu dan buka whatsapp suami sambil mulut pura-pura bercakap kerana waktu itu suami sedang memandu motosikal.
“abg nanti Za balik Za singgah alor setar kita pergi tidur dulu kat tutttt…
“nanti za call pompuan tu (isteri) ambik za kat kangar ok?”
Si isteri diam dan terus minta penjelasan apabila sampai di rumah dan suami hanya diam tanpa sepatah perkataan.
Isteri terus minta suami keluar daripada rumahnya dan mengambil semua wang dan kunci kereta serta motor dan suami keluar sambil menangis.
Si isteri terus hubungi bapa anak angkat suaminya itu di Terengganu dan ceritakan perkara sebenar dan minta bapa itu datang ambil barang anaknya dalam masa tiga hari.
Bertapa luluhnya hati si isteri apabila kebaikan yang dilakukan di balas dengan tuba.
Selepas empat tahun berlalu si isteri telah berkahwin lain dan gadis itu hanya mempergunakan bapa angkatnya itu untuk nenanggung pengajiannya selepas tamat pengajian dia berkahwin dengan orang lain.
Si suami yang sudah menjadi bekas suami hanya tinggal di kabin kontena dan Cuma mempunyai sebuah motosikal yang diberikan bekas isterinya kerana kasihan.
Anak-anaknya juga tidak membantu kerana sudah berkahwin dan tinggal jauh di Johor.
Mereka masih berbaik dan bekas suami masih mahukan bekas isterinya tetapi kerana terlalu terluka dia tidak mahu menerima lelaki itu lagi. Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Kebaikan Dibalas Dengan Tuba
Sekianlah artikel Kebaikan Dibalas Dengan Tuba kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kebaikan Dibalas Dengan Tuba dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kebaikan-dibalas-dengan-tuba_9.html