Judul : Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Ditemui Terkunci Bersama Datuk Dan Neneknya Yang Telah Meninggal
link : Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Ditemui Terkunci Bersama Datuk Dan Neneknya Yang Telah Meninggal
Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Ditemui Terkunci Bersama Datuk Dan Neneknya Yang Telah Meninggal
Pihak penyiasat mengatakan kanak-kanak lelaki itu tidak makan selama dua hari, manakala datuk neneknya meninggal dalam beberapa minit antara satu sama lain kira-kira 48 jam lebih awal sebelum ditemui.
Kanak-kanak yang tidak berdaya itu didapati terkunci di rumahnya dengan mayat kedua-dua datuk neneknya yang telah meninggal.
Kejadian itu telah ditemui oleh polis yang memecahkan pintu selepas orang awam melaporkan tidak melihat pasangan suami isteri itu selama beberapa hari.
Kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan neneknya ketika kedua orang tuanya bekerja.
Pasangan yang berusia 60-an itu bekerja sebagai penjual makanan gagal muncul di tempat berniaga selama tiga hari dan seseorang daripada pelanggan mereka menghubungi saudara maranya.
Pihak berkuasa yang dihantar untuk menyiasat memecah pintu untuk mencari kanak-kanak yang menangis di ruang tamu, berulang kali memanggil "datuk" dan "nenek".
Pihak penyiasat dan polis berkata kanak-kanak itu tidak makan selama dua hari dan mengesahkan pasangan itu meninggal dalam beberapa minit antara satu sama lain kira-kira 48 jam sebelum ini.
Kanak-kanak yang tidak diketahui nama itu dibawa ke hospital dan disusui di hospital itu serta kesihatannya semakin baik, manakala ibu bapanya juga telah dihubungi dan dijangka tiba di bandar Keelung, Taiwan, di mana anak lelaki itu tinggal.
Penyiasat berkata tidak ada tanda-tanda pencerobohan dan keracunan di dalam rumah.
Walaubagaimanapun, hasil siasatan mendapati datuk kanak-kanak itu menjalani operasi untuk tumor otak 10 tahun yang lalu dan neneknya diketahui mempunyai sakit jantung.
Polis percaya suami itu mungkin telah rebah di bilik tidurnya dan menyebabkan isterinya panik dan mengalami serangan jantung ketika cuba meminta bantuan di ruang tamu.
Ketika ditemui tubuh wanita itu masih memegang telefon rumah mereka. Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Ditemui Terkunci Bersama Datuk Dan Neneknya Yang Telah Meninggal
Sekianlah artikel Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Ditemui Terkunci Bersama Datuk Dan Neneknya Yang Telah Meninggal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Ditemui Terkunci Bersama Datuk Dan Neneknya Yang Telah Meninggal dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/kanak-kanak-berusia-tiga-tahun-ditemui.html