Judul : JPJ Beri Tempoh 14 Hari Kepada Aliff Syukri
link : JPJ Beri Tempoh 14 Hari Kepada Aliff Syukri
JPJ Beri Tempoh 14 Hari Kepada Aliff Syukri
KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh selama 14 hari waktu bekerja kepada Datuk Seri Aliff Syukri untuk hadir memberi keterangan.
Pihaknya telah membuka kertas siasatan dan menghantar notis temu siasat kepada pihak Aliff Syukri, kata Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi.
"Dalam pada itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menipu kawasan pengisytiharaan penggunaan Lesen Kenderaan Motor yang boleh dikenakan penalti RM2,000 jika didapati bersalah.
Manakala notis berkenaan telah dihantar kepada syarikat kosmetik D'Herbs Holding Sdn Bhd memandangkan kenderaan itu didaftarkan atas nama syarikat berkenaan.
Katanya ketika dihubungi, "pihak D'Herbs perlu membawa segala dokumen berkaitan bagi membantu proses siasatan termasuklah dua pemandu warga Australia yang memandu kereta berkenaan pada malam kejadian."
Sebelum ini, kereta mewah jenis Rolls Royce Ghost yang didaftarkan di bawah syarikat D'Herbs Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan yang disita dalam Op patuh yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Difahamkan, kenderaan itu ditahan kerana memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak sedangkan ia digunakan di Semenanjung.
Sementara itu, dua warga Australia turut ditahan semasa berada di dalam kenderaan terbabit kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha.
Demikianlah Artikel JPJ Beri Tempoh 14 Hari Kepada Aliff Syukri
Sekianlah artikel JPJ Beri Tempoh 14 Hari Kepada Aliff Syukri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JPJ Beri Tempoh 14 Hari Kepada Aliff Syukri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/jpj-beri-tempoh-14-hari-kepada-aliff_2.html