[JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF

[JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF
link : [JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF

Baca juga


[JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF


Sekolah Tunas Bakti dinaik taraf


Sebanyak RM37.6 juta dibelanjakan untuk menambah baik Sekolah Tunas Bakti (Lelaki) Jerantut, di sini, yang siap sepenuhnya Disember tahun lalu.

Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Ahmad Nazlan Idris berkata, projek menaik taraf membabitkan peruntukan dari Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dimulakan pada November 2014 dan siap mengikut jangka masa munasabah.

“Sekolah yang boleh memuatkan seramai 250 pelajar ini akan mula beroperasi pada awal bulan hadapan dan menjadi antara sekolah di negara ini yang memiliki kompleks termoden.

“Sekolah yang pada asalnya dibina dengan kayu pada lewat 60an sekarang sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan, surau, kuarters guru, blok pentadbiran dan asrama,” katanya.

Beliau berkaya demikian selepas majlis penyerahan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada KPWKM di Dewan Wawasan sekolah tersebut.

Hadir sama, Pengarah JKR negeri, Datuk Ir Abdul Jalil Mohamad; Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Indera Zulkifli Yaakob; Setiausaha Bahagian Pembangunan KPWKM, Anuar Isa dan Jurutera Daerah JKR, Mohd Sably Abdul Latif.

Menurutnya, projek penambah baik sekolah tersebut membuktikan kerajaan komited menyediakan kemudahan termasuk untuk golongan remaja yang memiliki masalah disiplin.

“Dengan segala kelengkapan disediakan, langsung tidak menggambarkan bahawa sekolah ini menempatkan pelajar bermasalah. Ini bukti kerajaan memberi komitmen kepada sesiapa sahaja malah anak yang memiliki masalah disiplin, diberi rawatan dan kemudahan sama seperti di sekolah yang lain.

“Pelajar yang akan ditempatkan di sekolah ini juga akan diberikan pendidikan dan latihan kemahiran yang membolehkan mereka memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua,” katanya.

Ahmad Nazlan berkata, ibu bapa perlu memberikan peluang kedua kepada anak masing-masing demi masa depan mereka.




Demikianlah Artikel [JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF

Sekianlah artikel [JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JERANTUT] SEKOLAH TUNAS BAKTI DINAIK TARAF dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/jerantut-sekolah-tunas-bakti-dinaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :