Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel

Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel
link : Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel

Baca juga


Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel


TERENGGANU - Seorang wanita berstatus isteri antara tiga pasangan yang ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam Ops Tahun Baru di beberapa hotel bajet sekitar Kuala Terengganu.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, wanita yang berusia 38 tahun dari Kampung Raja, Besut itu ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun ketika berada dalam bilik hotel bajet di bandar raya ini.

Manakala ketika ditahan, wanita yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 tahun itu mendakwa dia sedang menghantar makanan untuk teman lelakinya yang baru tiba di negeri ini semalam.

Seterusnya siasatan JHEAT terhadap pasangannya yang berasal sari Sarawak itu mengaku bahawa datang ke negeri ini untuk menyambut tahun baru bersama wanita terbabit yang dikenalinya melalui laman sosial.

Operasi selama dua jam bermula jam 7.30 pagi itu diketuai Penolong Pesuruhjaya (Operasi) JHEAT Kuala Terengganu, Amirul Akram bersama 20 anggota penguat kuasa, kata Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Selain itu, semua pasangan berusia antara 20 hingga 38 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, jelasnya.

Mereka juga boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara jika disabitkan dengan kesalahan, katanya lagi.

Kata Wan Ismail, "kesemua mereka itu sudah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu pendakwaan di mahkamah selepas selesai diambil keterangan." Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha.


Demikianlah Artikel Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel

Sekianlah artikel Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri Orang Hantar "Makanan" Untuk Teman Lelaki Di Hotel dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/isteri-orang-hantar-makanan-untuk-teman.html

Subscribe to receive free email updates: