Judul : Iman Mungkin Tidak Dapat Bertahan Lagi
link : Iman Mungkin Tidak Dapat Bertahan Lagi
Iman Mungkin Tidak Dapat Bertahan Lagi
KOTA KINABALU - Badak Sumbu yang bernama Iman, satu-satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan Malaysia mungkin tidak dapat bertahan kerana mengalami pendarahan dalam rahimnya.
"Pendarahan yang dialami Iman agak serius kerana disebabkan tumor dalam rahimnya."
Kata Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga.
"Melecuhkan pendarah mungkin satu-satunya cara untuk hentikan pendarahan serius yang dialami Iman, namun tiada pakar yang dapat melakukan prosedur itu dan risiko anestetik adalah tinggi." kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Tuuga berkata mempreskripsikan rawatan dikenali sebagai Tranexamic acid, yang berhasil dalam tiga episod pendarahan dalam rahim Iman, diharap membantu pembekuan dan menghentikan pendarahan dalam rahim.
Tuuga berkata doktor veterinar membuat pemantauan 24 jam ke atas Iman sejak 14 Dis di Rizab Hidupan Liar Tabin Lahad Datu dan memberinya makanan dan suplemen berkhasiat tetapi Iman sangat memilih dalam dietnya.
Iman diberikan sekurang-kurangnya sepuluh spesies tumbuhan.
"Iman memakan kira-kira 40 hingga 50 peratus daripada pengambilan normalnya (12 hingga 17 kg) dan haiwan itu juga diberi tiga hingga empat kilogram buah-buahan terdiri daripada pisang dan mangga.
"Buah-buahan juga digunakan sebagai umpan supaya Iman makan ubat dan dia minum dari bekas air yang disediakan," kata beliau.
Iman mula mengalami pendarahan dalam rahimnya sejak 14 Dis yang lalu kerana Iman menghidap tumor leiomyoma.
Selepas kematian Puntung enam bulan lalu akibat kanser, Iman adalah satu-satunya badak sumbu betina yang hidup di Malaysia. Sumber:Bernama , Editor:Farhana

Demikianlah Artikel Iman Mungkin Tidak Dapat Bertahan Lagi
Sekianlah artikel Iman Mungkin Tidak Dapat Bertahan Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Iman Mungkin Tidak Dapat Bertahan Lagi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/iman-mungkin-tidak-dapat-bertahan-lagi_4.html