Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri.

Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri.
link : Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri.

Baca juga


Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri.


CHINA: Seorang kanak-kanak lelaki telah diikat ke sebuah motosikal oleh ibunya sendiri sebelum ibunya bertindak mengheretnya sepanjang jalan di selatan China.

Ibu iaitu suspek kepada kes ini memberitahu bahawa dia bertindak sedemikian adalah kerana ingin menghukum anaknya yang nakal itu.

Seorang saksi yang menyaksikan kejadian tersebut merasakan tindakan itu agak menakutkan dan dia juga bertindak memberhentikan tindakan ibunya itu.

Tetapi tindakan saksi tersebut tidak berjaya malahan ibu kepada mangsa juga memberitahu bahawa di sudah melakukan perbuatan seperti ini sejak beberapa hari yang lepas.

Difahamkan, ibu dan anaknya itu telah ditemui di sepanjang jalan Zhaotong, iaitu di wilayah Yunnan.

Mangsa yang tidak dapat diketahui umurnya dilihat berbaring di atas tanah dengan kedua-dua tangannya diikat di belakang motosikal yang dinaiki ibunya.

Sebaik sahaja ibunya mengheret, kanak-kanak tersebut menangis sekuat hati dan turut meminta ibunya untuk melepaskan dia.

Ketika ibunya sedang membonceng motosikal tersebut, seorang saksi dilihat cuba memberhentikan ibunya dan meminta supaya tidak melakukan tindakan tersebut ke atas kanak-kanak terbabit.

Namun, semua itu tidak diendahkan kerana ibu kanak-kanak terbabit memberitahu itu adalah salah satu cara yang diamalkannya untuk mengajar anaknya yang nakal.

Tindakan ibu terbabit telah dirakam dan di muat naik ke laman sosial tempatan.

Rata-rata penonton yang menyaksikan rakaman tersebut di laman sosial Twitter mengecam tindakan ibu terbabit di mana tindakan itu adalah tidak berperikemanusiaan.

Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit tidak dilaporkan sama ada mengalami kecederaan ataupun tidak.

“Tindakan ini adalah kejam. Kita boleh mengambil tindakan undang-undang jika kita tunjuk bukti ini kepada pihak polis,” kata seorang saksi yang dikenali sebagai 'Zhaotongtongcheng'.

Dalam pada masa yang sama, 'Cao_ji' juga risau jika satu hari nanti kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah psikologi kerana tindakan sebegini akan memberi impak yang besar ke atas dirinya. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira






Demikianlah Artikel Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri.

Sekianlah artikel Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu Tergamak Mengheret Anaknya Sendiri. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/ibu-tergamak-mengheret-anaknya-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :