Judul : Ibu Farid Kamil Kecewa Dianggap Penghalang
link : Ibu Farid Kamil Kecewa Dianggap Penghalang
Ibu Farid Kamil Kecewa Dianggap Penghalang
KUALA LUMPUR - Norsiah Ramli, Ibu kepada Datin Diana Danielle kecewa kerana ada pihak yang menganggap dia menjadi penghalang menantunya Datuk Farid Kamil bertemu dua anak pelakon tersebut yang dijaganya.
Ibu Datin Diana Danielle, Norsiah Ramli kecewa apabila ada pihak menganggapnya menjadi penghalang Datuk Farid Kamil bertemu dua anaknya.
Norsiah berkata, beliau tidak pernah melarang atau menghalang Farid daripada bertemu Muhammad, 4, dan Nur Aurora, 2, yang juga tinggal bersamanya ketika anak dan menantunya keluar bekerja.
Beliau berekata agak sedih dan terkilan apabila keluar kenyataan Farid merindui anaknya seolah-olah dia jadi penghalang anak beranak itu bertemu hingga menyebabkan Farid tertekan.
Katanya lagi, tiada sebab untuk berbuat demikian kerana mereka adalah darah dagingnya dan dia hanya pemegang amanah menjaga cucunya serta tidak pernah mencampuri urusan peribadi Farid dan Diana.
Norsiah turut berkata, Diana dan Farid tinggal di tingkat atas kediamannya di sebuah bangunan kondominium dan mereka bebas untuk menjenguk atau mengambil Muhammad dan Nur Aurora.
"Saya juga sering berulang-alik ke rumah mereka mengambil barang cucu. Ada juga saya bertemu Farid di rumahnya," kata Norsiah yang mengakui terkejut mendapat tahu Farid tertekan kerana merindui dua anaknya itu.
Mengenai penahanan menantunya oleh polis, Norsiah menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa dan tidak mahu mencampuri urusan berkenaan.
Farid direman empat hari sehingga Isnin, kerana dipercayai menampar anggota polis trafik dan menendang dua orang awam.
Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah terhadap pelakon berusia 37 tahun itu, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Selepas menampar muka petugas polis lelaki berusia 24 tahun secara tiba-tiba sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam di balai polis, pelakon dan pengarah itu ditahan polis jam 1.20 tengahari kelmarin.
Dia sebelum itu dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kes kemalangan jalan raya. Sumber:Berita Harian , Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Ibu Farid Kamil Kecewa Dianggap Penghalang
Sekianlah artikel Ibu Farid Kamil Kecewa Dianggap Penghalang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ibu Farid Kamil Kecewa Dianggap Penghalang dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/ibu-farid-kamil-kecewa-dianggap_13.html