Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang

Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang
link : Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang

Baca juga


Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang


Pada 15/02/2013, Tun Dr Mahathir berkata, baca di sini, nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik untuk negara disokong oleh pendapatan dan dagangan yang terus meningkat. Kata beliau, Malaysia masih boleh membayar. Malaysia katanya masih boleh membayar kerana pelaburan memberikan keuntungan yang tinggi. 

Tun Dr Mahathir berkata, ketika zaman pentadbirannya, keuntungan Maybank sebanyak RM300 juta sudah dianggap besar. Sekarang Maybank untung RM6 billion. Beliau berkata, terdapat negara di Eropah seperti Greece yang tidak mungkin dapat membayar hutangnya kerana nisbah hutang negara itu kepada KDNKnya melebihi 100 peratus. Greece tidak mungkin mampu bayar,

Itu dulu, waktu beliau masih cium mulut dengan UMNO. Kini, lain pula bicaranya. Dipetik Malaysiakini, Tun Dr Mahathir telah memberitahu sebuah forum bahawa Malaysia sedang menuju ke arah kebankrapan jika ia tidak dapat menyelesaikan banyak hutang besarnya. Baca di sini. Tun Dr Mahathir berkata,
Tahukah anda, kami mempunyai hutang jangka panjang dan jangka pendek sebanyak AS$900 bilion. Jika kami tidak membayarnya, mereka akan menyebabkan anda bankrap. Anda lihat apa yang berlaku di Greece… Di sini, kami meminjam lebih daripada Greece dan kami lebih miskin daripada Greece.
Pertama, Malaysia tidak mempunyai hutang besar. Nisbah Hutang-kepada-KDNK Malaysia kini berada pada 50.7%. Ini jauh lebih rendah daripada 92 negara lain di dunia termasuklah Singapura, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan hampir kesemua negara maju. Oleh itu, 91 negara di dunia ini perlu terlebih dahulu bankrap sebelum Malaysia.


Kedua, dan pada 50.7%, ia dua kali ganda lebih kurang berbanding 103.4% pada tahun 1986 di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir selepas beliau telah meningkatkan hutang Malaysia sebanyak lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh 5 tahun selepas beliau mula-mula berkuasa.

Ketiga, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkata, baca di sini,
Dengan tegasnya saya ingin menyatakan bahawa ini adalah tidak benar sama sekali. Pada akhir Jun 2017, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus daripada KDNK yang mana ia masih di bawah paras had yang ditetapkan Kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK.
Ini menunjukkan hutang Kerajaan masih kekal terurus malah ia semakin berkurang 53.2 peratus pada akhir Jun 2016. Ini merupakan pencapaian yang patut kita banggakan. Bukan itu sahaja, nisbah hutang Kerajaan berbanding KDNK Malaysia adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Singapura pada paras 112 peratus, United Kingdom pada 89.3 peratus, Kanada pada paras 92.3 peratus dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.
Justeru adalah tidak benar jika ada yang menuduh Kerajaan bakal muflis hanya berdasarkan hutang Kerajaan Persekutuan apabila badan ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia yang menaikkan unjuran KDNK daripada 4.9 peratus kepada 5.2 peratus bagi tahun 2017. Malah tidak masuk akal untuk mengatakan kita akan muflis apabila banyak negara luar mahu melabur dan merangka perjanjian perdagangan dengan Malaysia.
Hari ini Ringgit Malaysia pula semakin mengukuh. USD1 adalah bersamaan dengan RM3.99404. Jadi bolehkah kita percaya seorang yang kerugian RM32 billion akibat perdagangan Forex paa zaman pemerintahannya berkata, "Ringgit akan kukuh kalau Najib Turun". Boleh percayakah ini orang?



Demikianlah Artikel Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang

Sekianlah artikel Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hutang Negara Dan Nilai Ringgit, Lidah Tun @chedetofficial Memang Bercabang dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/hutang-negara-dan-nilai-ringgit-lidah.html

Subscribe to receive free email updates: