Judul : Hidup Dalam Serba Kekurangan Punca Lima Beranak Tinggal Dalam Stor
link : Hidup Dalam Serba Kekurangan Punca Lima Beranak Tinggal Dalam Stor
Hidup Dalam Serba Kekurangan Punca Lima Beranak Tinggal Dalam Stor
GUA MUSANG: Lima beranak terpaksa berhimpit dalam sebuah stor di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh kerana hidup dalam serba kekurangan sejak sembilan tahun lalu.
Rosli Mohd Yusoff, 36, tinggal di stor itu bersama isterinya Siti Norhidayah Zulkifli, 30 dan tiga anak berumur antara empat bulan hingga lapan tahun.
Lebih malang, stor yang didiami mereka kerap ditenggelami banjir kilat setiap kali hujan lebat menyebabkan semua peralatan musnah.
Rosli tidak mampu membina rumah selesa untuk keluarganya kerana hanya bergantung kepada upah kerja kampung dengan pendapatan sekitar RM500.
Tempat tinggal yang didiami mereka hanya mempunyai satu ruang yang turut menjadi tempat tidur lima beranak dengan berlantaikan simen.
Katanya stor berkenaan sebelum ini dijadikan warung kedai makan yang diusahakan ibunya, namun terpaksa berhenti atas faktor usia.
Secara kebetulan Rosli baru berkahwin ketika itu terus mengambil keputusan tinggal di situ kerana tak mampu bina rumah sendiri.
Ibu bapanya tinggal di depan stor yang didiaminya namun rumah itu sudah dipenuhi dengan adik-beradik lain yang sudah berkahwin.
Rosli berkata, dia tidak mahu menyusahkan ibu bapanya lagi memandangkan rumah mereka sudah sempit dipenuhi adik yang masing-masing sudah berkeluarga.
Walaubagaimanapun, mereka terpaksa menumpang mandi dan membuang air disebabkan tempat tinggal mereka tiada bilik air.
Katanya, masalah yang mereka hadapi ini sudah dimaklumkan kepada pelbagai pihak terbabit, namun belum mendapat sebarang maklum balas. Sumber:Berita Harian , Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Hidup Dalam Serba Kekurangan Punca Lima Beranak Tinggal Dalam Stor
Sekianlah artikel Hidup Dalam Serba Kekurangan Punca Lima Beranak Tinggal Dalam Stor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hidup Dalam Serba Kekurangan Punca Lima Beranak Tinggal Dalam Stor dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/hidup-dalam-serba-kekurangan-punca-lima_5.html