Judul : Gadis Kurang Upaya Dibelasah Teruk
link : Gadis Kurang Upaya Dibelasah Teruk
Gadis Kurang Upaya Dibelasah Teruk
Ini adalah detik-detik yang mengerikan buat dirinya sendiri tatkala menjadi mangsa kepada tragedi terbabit.
Mangsa, yang baru sahaja berusia 17 tahun dikatakan telah dibawa ke satu tempat berkelah terpencil di Gippsland bandar Moe, Victoria pada awal pagi Isnin yang lalu di mana dia telah di seksa dan dipukul berulang kali.
Bagaimanapun, kejadian yang mendukacitakan tersebut telah dirakam melalui telefon bimbit suspek di mana suspek juga dikatakan turut memuatnaik video berkenaan ke laman sosial, Facebook.
Difahamkan, semasa kejadian tersebut berlaku, mangsa yang mempunyai kecacatan minda telah dipaksa untuk menelan kaca yang dipercayai telah pecah dari telefon bimbit IPhone yang dipakainya.
Dalam pada masa yang sama juga, mangsa turut dibakar tangannya di atas pemanggang bbq yang panas, selain kepalanya juga turut dihentak ke meja kayu serta mukanya turut disepak dengan kasar.
Menurut ibunya, anaknya yang mengalami kecederaan teruk itu pada mulanya ditipu untuk pergi ke taman di mana dia percaya bahawa anaknya ingin berjumpa kekasih hati.
Namun, dia juga tidak menyangka bahawa perkara sebegini akan terjadi ke atas diri anaknya itu.
Mangsa terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kecederaan yang dialaminya itu terlalu teruk.
"Saya tidak dapat mengecam dirinya. Dia juga tidak dapat memakai cermin mata kerana pipinya bengkak teruk," kata ibunya.
Sebaik sahaja mendapatkan rawatan, mangsa dibawa pulang ke rumah untuk proses penyembuhan.
Dalam pada masa yang sama, suspek kepada kes ini telah ditangkap pihak berkuasa tempatan di mana masing-masing masih berusia di antara 12 hingga 15 tahun.
Suspek juga dikatakan sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah seperti mencuri.
Menurut laporan daripada Ten News, suspek yang berusia 12 tahun itu telah dilepaskan dengan ikat jamin manakala yang lain masih belum dibebaskan.
Pihak polis juga turut memberitahu bahawa kes ini tersangatlah serius di mana ia telah membabitkan kecederaan yang teruk kepada mangsa. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira
Demikianlah Artikel Gadis Kurang Upaya Dibelasah Teruk
Sekianlah artikel Gadis Kurang Upaya Dibelasah Teruk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gadis Kurang Upaya Dibelasah Teruk dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/gadis-kurang-upaya-dibelasah-teruk.html