Judul : Fitnah Keluarga Perdana Menteri @NajibRazak Guna Wang Rakyat Buat Umrah Dijawab Pejabat Perdana Menteri
link : Fitnah Keluarga Perdana Menteri @NajibRazak Guna Wang Rakyat Buat Umrah Dijawab Pejabat Perdana Menteri
Fitnah Keluarga Perdana Menteri @NajibRazak Guna Wang Rakyat Buat Umrah Dijawab Pejabat Perdana Menteri
Tular sejak pagi tadi nama-nama delegasi Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi. Antara tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh macai-macai pembangkang adalah lawatan ini mengundang ahli keluarga Perdana Menteri dengan menggunakan wang Rakyat.
Berikut adalah penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berkaitan isu di atas. Sudah-sudahlah membuat fitnah jahat.
PENJELASAN PEJABAT PERDANA MENTERI MENGENAI LAWATAN KERJA YAB PM KE ARAB SAUDI
PMO MALAYSIA
10 JANUARI 2018
Lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.
Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir, Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.
Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.
Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat PERBELANJAAN SENDIRI ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.
Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.
YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.
Pejabat Perdana Menteri
1) PMO FACEBOOK
http://ift.tt/2D0J4WA
2) PMO TWITTER
https://twitter.com/pmomalaysia/status/950961008704565248
Demikianlah Artikel Fitnah Keluarga Perdana Menteri @NajibRazak Guna Wang Rakyat Buat Umrah Dijawab Pejabat Perdana Menteri
Sekianlah artikel Fitnah Keluarga Perdana Menteri @NajibRazak Guna Wang Rakyat Buat Umrah Dijawab Pejabat Perdana Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fitnah Keluarga Perdana Menteri @NajibRazak Guna Wang Rakyat Buat Umrah Dijawab Pejabat Perdana Menteri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/fitnah-keluarga-perdana-menteri.html