Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen

Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen
link : Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen

Baca juga


Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen


Pelawak dan kini bergelar seorang penyanyi, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 32, memberi pesanan kepada netizen supaya menjaga percakapan apabila sesuka hati menuduh dia dan isterinya mandul.

"Mungkin mereka tidak pernah merasai apa yang kami lalui. Saya dan isteri sebenarnya tidak kisah kerana pada usia perkahwinan kami tiga tahun lagi macam-macam orang cakap."

Katanya,"cuma janganlah cakap ikut suka saja, takut nanti perkara itu berbalik pada diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri mungkin pada anak, adik-beradik atau saudara-mara."

Namun Achey bagaimanapun masih menganggap masih belum ada rezeki dia dan isteri dikurniakan cahaya mata walaupun sudah tujuh tahun usia perkahwinan dan dia tidak menyimpan dendam dengan kata-kata tersebut.

Dia dan isteri juga sudah lali dengan kata-kata itu sejak tiga tahun lalu, tambahnya lagi.

Malah Achey turut menganggap situasi yang dihadapinya kini adalah ujian dari Allah dan hanya orang tertentu saja yang diberikan ujian sedemikian.

Mereka juga sehingga ke hari ini tidak pernah putus asa dan mencuba apa saja rawatan mahupun petua untuk mendapatkan zuriat.

"Kami juga menyimpan hasrat mempunyai anak seperti orang lain. Saya dan isteri ada pergi ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan, pergi berurut dan kami menjalani kehidupan lebih sihat dengan menjaga pemakanan."

Katanya lagi, "kami tetap positif dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah. Ada yang diberikan kesenangan tetapi bukan kebahagian dengan anak tetapi ada juga merasai kegembiraan mempunyai zuriat sendiri namun kurang dari segi kewangan."

Manakala baru-baru ini Achey telah berkongsi mengenai perjalanan hidupnya sebagai anak seni termasuklah isu zuriat menerusi program Di Balik Tawa, menyentuh hati penonton dan peminatnya.

Menurutnya, dia juga mendapat maklum balas yang positif ramai menghantar mesej menerusi Instagram untuk memberi kata-kata semangat.

"Saya berterima kasih kepada semua peminat dan penonton di Di Balik Tawa kerana memberi komen positif dan mendoakan kesejahteraan kami."

Jelas Achey," Mungkin usia perkahwinan kami baru tujuh tahun tetapi saya juga merasai apa yang dirasai oleh mereka yang sudah lama menunggu cahaya mata. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan." Sumber: Astro Gempak. Editor: Atila Atasha





Demikianlah Artikel Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen

Sekianlah artikel Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dituduh Mandul, Achey Dan Isteri Beri Pesanan Kepada Netizen dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/dituduh-mandul-achey-dan-isteri-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :